Anda di sini

Anglophone Cameroon umum kemerdekaan

Advertisement
 Pegawai polis berkelengkapan antirusuhan meronda di sebatang jalan dalam bahagian pentadbiran Buea kira-kira 60 kilometer barat Douala kelmarin. — Gambar AFP
KACAU: Pegawai polis berkelengkapan antirusuhan meronda di sebatang jalan dalam bahagian pentadbiran Buea kira-kira 60 kilometer barat Douala kelmarin. — Gambar AFP

BUEA: Sekurang-kurangnya tujuh terkorban di kawasan terpencil Anglophone di Cameroon pada hujung minggu ketika sebuah kumpulan pemisah melakukan satu deklarasi simbolik bagi kemerdekaan.

Pihak pemisah memilik 1 Oktober, ulang tahun bagi penyatuan secara rasmi bahagian Anglophone dan Francophone di Cameroon, untuk mengumumkan kemerdekaan negara mereka ‘Ambazonia’.

Sejak November, minoriti Anglophone membantah diskrimininasi dan kerajaan mengerahkan pasukan keselamatan pada hujung minggu ke wilayah berbahasa Inggeris, terutama Buea di barat daya dan Bamenda, pekan utama di barat laut serta hab hasutan Anglophone.

Beberapa orang dimasukkan ke hospital di Bamenda kelmarin selepas pertempuran di antara penunjuk perasaan dan polis, menurut sumber perubatan.

Salah seorang ketua bagi pihak pembangkang Barisan Demokratik Sosial (SDF) Joshua Osih menyatakan pasukan keselamatan telah menembak dengan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan, namun menegaskan dia bukan penyokong pergerakan penentangan itu.

Di Ndop, 40 kilometer dari Bamenda, dua ditembak mati, menurut sumber, sementara seorang lagi terbunuh di Kumbo semasa bantahan, menurut datuk bandar Donatus Njong.

Juga di Kumbo, tiga banduan ditembak mati dalam cubaan meloloskan diri semasa pasukan keselamatan dikerah ke wilayah Anglophone, menurut sumber rapat dengan pihak berkuasa wilayah.

Seorang pemuda ditembak mati pasukan keselamatan Sabtu lepas di pekan barat daya Kumba, dikenali sebagai bandar pemberontakan sejak permulaan bantahan, menimbulkan pertempuran di antara pasukan keselamatan dan populasi tempatan.

Mereka menembak mangsa semasa operasi keselamatan,” menurut jururawat yang meminta namanya dirahsiakan, mengenai insiden yang disahkan sumber keselamatan dan beberapa penduduk tempatan yang dihubungi melalui telefon.

Presiden Cameroon Paul Biya, 84, dalam media sosial kelmarin mengecam semua tindakan keganasan tanpa mengira siapa yang bertanggungjawab.

Deklarasi simbolik kemerdekaan dibuat kelmarin dalam media sosial oleh Sisiku Ayuk, yang mengakui dirinya ‘Presiden Ambazonia’.

Kami bukan lagi hamba abdi Cameroon,” kata beliau.

Pada hari ini kami mengesahkan autonomi bagi warisan dan wilayah kami.”

Majoriti daripada 22 juta penduduk Cameroon berbahasa Perancis, sementara satu perlima berbahasa Inggeris.

Legasi bermula sejak 1961, ketika entiti bekas British, Cameroon Selatan, bergabung dengan Cameroon selepas bebas daripada jajahan Perancis pada 1960. — AFP

Advertisement