Anda di sini

Patriot bukan sekadar band biasa

Advertisement
__alt__

Kejarlah mimpimu, bentangkan sayapmu, Bakar semangatmu, capai ambisimu Walau dunia tak seindah syurga Tapi kau kan mampu menjadi, menjadi Menjadi yang kau mahu” SEDIKIT petikan lirik ini mungkin membuatkan kita tertanya-tanya siapa atau kumpulan apa yang mendendangkannya, betul? Ya.

 Lirik ini merupakan petikan bagi sebuah lagu yang dihasilkan bernuansa semangat kesejagatan bersama tanpa mengira bangsa mahupun agama.

 Kedengarannya seperti sudah terlalu banyak penghasilan lirik menyentuh kenegaraan berada di dalam industri seni ini.

 Tetapi anda semua perlu duduk dan mendengar dengan tenang susunan muzik yang diadun oleh sebuah kumpulan baharu yang satu ini dahulu.

 Patriot yang dianggotai Fiezy (vokalis), Rajwan (drum), Pown Hasril (gitar), Bob (bass) dan Firlany (keyboard) ditubuhkan oleh pengurus mereka Jeffny Kamar (Jeff) serta Yun Sequena vokalis terbaharu menyertai kumpulan ini.

 PENUBUHAN Lima anak muda ini merupakan penuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebelum meneruskan kerjaya masing-masing.

 Mereka bertemu semula di alam pekerjaan dan berencana untuk menubuhkan satu kumpulan muzik kerana tidak mahu bakat mereka dipersiakan.

 Jeff melihat kekuatan yang mereka ada dan dari situ tercetusnya idea penubuhan kumpulan tersebut.

 “Saya namakan Patriot sebab sinonim dengan matlamat kami iaitu taat setia dan cintakan negara sendiri dan ini ditunjukkan melalui karya muzik dan senikata lagu yang bersifat kepatriotan,” jelas Jeff dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini kepada Bernama.

 SOALAN: Apakah keunikan Patriot ini? PATRIOT: Salah satu keunikkannya adalah genre dan elemen yang kami ketengahkan.

 Kami membawakan muzik moden, pop dan sebagainya tetapi belum ada lagi, saya berani katakan belum ada lagi satu kumpulan yang berkonsepkan seperti kami iaitu patriotisme dan kenegaraan.

 Selalunya orang akan buat lagu pasal cinta dan sebagainya tetapi kami buat lagu mengenai cinta kepada negara, bangsa dan lagu yang menyeru orang ramai untuk lebih maju dan sebagainya.

 Lirik-lirik yang kami sampaikan sebagai satu mesej yang kita patut berbangga dan bertuah menjadi anak Malaysia.

 ALBUM VS SINGLE Ketika ramai artis yang mengeluarkan single mereka melangkah dengan berani mengeluarkan album penuh.

 SOALAN: Kenapa Patriot berani untuk mengeluarkan satu album? PATRIOT: Kesemua lagu dalam album Patriot dicipta oleh ahli-ahli Patriot sendiri termasuklah pengurus kami juga.

 Apabila material itu sudah ada, kami merasakan kenapa kita tidak keluarkan satu album terus daripada satu-satu single? Ketika itu, telah ada empat hingga enam material yang siap sepenuhnya.

 Bagi kami, nak keluarkan satu-satu single tu agak lambat sebenarnya.

 So, better kita keluarkan satu album dan lagu-lagu yang kita buat pun cukup untuk dimuatkan dalam satu album.

 Jadi, kita terus fokus siapkan satu album terus.

 Jimat dalam segala hal! Terdapat tujuh buah lagu di dalam album ini iaitu, JASA Pahlawan, Patriot Negaraku, Negaraku Malaysia, Sumpah Waris Merdeka, Rukun Negara, Bangsa Malaysia dan Bahasa Penyatuan.

 Lagu Patriot Negaraku merupakan single pertama daripada album PATRIOT.

 Antara pencipta lagu dalam album ini ialah Yuka Kharisma (Artis wanita Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2016) dan ahli-ahli kumpulan PATRIOT sendiri iaitu Tukang Muzik, Bobie808, dan Rajwan Juni dan mereka semua terdiri daripada penyanyi dan pemuzik profesional di Malaysia.

 GENRE YANG DIPERJUANGKAN Menurut Bob, single Patriot Negaraku apabila dihayati lirik-liriknya, mesej yang ingin disampaikan banyak berkisar kepada anak muda untuk terus mendorong mereka mencapai impian mereka.

 Begitu juga dengan lagu-lagu lain, lirik-liriknya mempunyai kekuatan tersendiri dari segi pembakar semangat, memperingati jasa-jasa terdahulu, memperdaulatkan bahasa, bangsa dan agama serta berusaha bersungguhsungguh tanpa cepat putus asa, katanya.

 “Kita perjuangkan genre pop rock dan ada sedikit balada dalam album ini kerana unsur-unsur muzik sebegini lebih dekat dengan generasi muda dan diterima ramai.

 Tapi kebanyakannya mesejmesej yang disampaikan lebih kepada kenegaraan lah dan bermotivasi,” ulas Bob.

 SOALAN: Apa rasional di sebalik nama-nama lagu di dalam album ini yang kedengarannya seperti lagu-lagu patriotik sekolah? PATRIOT: Rasionalnya adalah tajuk itu terhasil apabila liriknya bersatu dari bait ke bait yang mewakili keseluruhan cerita lagu itu.

 Liriknya lebih menceritakan bangsa Malaysia itu sendiri.

 Begitu juga dengan lagu Bahasa Penyatuan manakala lagu Rukun Negara, lirik-liriknya berdasarkan Akujanji negara Malaysia ini iaitu Rukun Negara.

 Tetapi kami olahkan lagi supaya penyampaiannya lebih bermakna.

 Sementara lagu Patriot Negaraku kami lebihkan motivasi kepada anak muda.

 VIDEO MUZIK SOALAN: Antara lagulagu dalam album tersebut itu sudah ada video muzik atau semua lagu ada video muzik? PATRIOT: Sudah.

 Lagu Patriot Negaraku sudah ada di Youtube Channel.

 Untuk lagu-lagu yang lain, video muziknya coming soon.

 Insyaa Allah dalam masa yang terdekat ini.

 SOALAN: Ceritakan sedikit mengenai pembikinan video muzik lagu Patriot Negaraku.

 PATRIOT: Video muzik untuk lagu tersebut kami buat sendiri sebenarnya, elemen indie dan kami lakukan di tempat kami bekerja juga dan kami pun mempunyai studio latihan sendiri.

 Untuk video muzik Patriot Negaraku kami buat secara santai dan simple.

 Tetapi kami menampilkan teknikal-teknikal permainan dan sebagainya.

 IMPIAN KE DEPAN SOALAN: Apakah perancangan video muzik yang seterusnya? Masih kekalkan konsep yang sama atau konsep yang lain? PATRIOT: Kami nak buat yang lain sebenarnya.

 Lain daripada video muzik yang pertama.

 Mungkin kami akan melibatkan pembabitan orang luar?public la.

 Mungkin kita akan keluar daripada studio untuk penghasilan muzik video itu.

 SOALAN: Sebagai sebuah kumpulan, Patriot ada impian untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis? PATRIOT: Sudah tentu.

 Banyak sebenarnya artis-artis yang kami nak berkolaborasi.

 Penyanyi seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Hafiz Suip adalah antaranya.

 Mungkin dengan kolaborasi tersebut, Patriot akan lebih dikenali Insyaa Allah.

 SOALAN: Sedikit pesanan kumpulan Patriot kepada peminat.

 PATRIOT: Kepada penggiat seni tanah air, teruskanlah berkarya walau apa sahaja elemen yang dimasukkan, semuanya adalah berbentuk positif.

 Kembangkan kreativiti anda dan yang paling penting kita tampilkan semangat kecintaan kepada negara, bangga menjadi anak Malaysia.

 Sebab dulu-dulu ada lagu-lagu yang berunsurkan patriotik seperti Saya Anak Malaysia, Keranamu Malaysia, Warisan dan sebagainya.

 Jadi Patriot bangkit, untuk mengetengahkan konsep yang bukan biasabiasa begini dan harapan kami supaya semua orang pun boleh sama-sama menyokong dan berjuang demi negara kita.

 — Bernama

  • oleh
  • Advertisement