Anda di sini

Suri rumah nafi tuduhan dera budak perempuan

Advertisement

MIRI: Seorang suri rumah diperintahkan Mahkamah Majistret supaya dibebas dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan dua tuduhan mendera seorang budak perempuan berusia 13 tahun.          

Hakim Steve Ritikos kemudian menetapkan 13 Oktober ini untuk pengurusan kes, manakala perbicaraan ditetapkan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Januari 2018.

Catherine Wong Tiong Hua, 40, dari Lorong 2, Desa Indah 1, Permyjaya di sini menghadapi dua tuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan denda tidak melebili RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapinya.

Berdasarkan kedua-dua tuduhan itu, tertuduh telah didakwa mendera seorang budak perempuan dikenali sebagai Mayrine Ch’ng Xing Hui, 13, dengan menggunakan paip getah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing pada 19 dan 21 Jun tahun ini di rumahnya di Lorong 2 Desa Indah 1, Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Advertisement