Anda di sini

Slot Layar Asia di TV2 tayang filem ‘Estet’ malam esok

Advertisement
 ‘Estet’ menampilkan Farid Kamil, Shashi Tharan dan Jasmin sebagai pelakon.
PELAKON UTAMA: ‘Estet’ menampilkan Farid Kamil, Shashi Tharan dan Jasmin sebagai pelakon.

SLOT Layar Asia yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Sabtu, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2 memberikan pilihan kepada penonton setia saluran RTM menyaksikan variasi filem terbaik dan menghiburkan tontonan seisi keluarga.

Masih lagi dalam semangat meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017, slot Layar Asia pada 30 September ini menyiarkan filem ‘Estet’ yang umum mengetahuinya mengangkat tema perpaduan antara kaum di Malaysia.

Filem arahan Mamat Khalid yang menggandingkan lakonan mantap Farid Kamil, Shashi Tharan, Jasmin, Soffi Jikan, Gandii Nathen, Kamarul, Mohan dan Jayasree ini berkongsi penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air.

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan diadakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah.

Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet itu untuk menjuarai pertandingan tersebut.

Sesi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih.

Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu di mana kaki beliau telah dipatah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu.

Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perla-wanan bola kali ini disam-but dingin oleh beliau.

Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika Slot Layar Asia di TV2 tayang filem ‘Estet’ malam esokmereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah.

Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang. Apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement