Anda di sini

Arab Saudi benar wanita memandu

Advertisement
 Gambar fail 22 Oktober, 2013 menunjukkan seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta di Riyadh. — Gambar Reuters
TAK PERLU CURI-CURI LAGI: Gambar fail 22 Oktober, 2013 menunjukkan seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta di Riyadh. — Gambar Reuters

Pengumuman mengejut itu sebahagian kempen pembaharuan konservatif

RIYADH: Arab Saudi kelmarin berkata ia akan membenarkan wani t a untuk memandu, negara terakhir di dunia yang berbuat demikian, sekali gus mencetuskan kegembiraan dan rasa tidak percaya di kalangan aktivis di negara ultra konservatif itu, di mana batasan sosial semakin dilonggarkan.

 Pengumuman mengejutkan i t u , y a n g b e r i s i k o menimbulkan kemarahan g o l o n g a n b e r a g ama konservatif, merupakan sebahagian daripada kempen pembaharuan Arab Saudi yang bercita-cita tinggi bertujuan untuk menyesuaikan diri dengan era pasca minyak dan memperbaiki reputasi global yang dicemari rekod hak asasi manusianya.

 “Raja Salman bin Abdulaziz al Saud telah mengeluarkan dekri untuk membenarkan pengeluaran lesen memandu bagi wanita di negara ini,” kata televisyen kerajaan Arab Saudi.

 “Dekri berkenaan akan berkuat kuasa pada Jun 2018.

” A r a b S a u d i a k a n menggunakan t empoh persiapan berkenaan sehingga itu untuk mengembangkan kemudahan pelesenan dan memajukan infrastruktur bagi menampung jutaan pemandu baharu, pengumuman itu menambah.

 Ulama konservatif di Arab Saudi, sebuah monarki mutlak yang memerintah menurut undang-undang syariah, sudah sekian lama mewajarkan larangan berkenaan dengan hujah bahawa menarik balik larangan itu akan membawa kepada maksiat.

 Salah seorang daripada mereka mendakwa memandu mencederakan ovari wanita.

 Ramai aktivis hak wanita telah dipenjara kerana melanggar larangan itu.

 Arab Saudi mempunyai beberapa larangan paling ketat di dunia ke atas wanita.

 Di bawah sistem penjagaan di negara itu, seorang anggota keluarga lelaki, biasanya bapa, suami atau saudara, mesti memberi izin kepada seorang wanita untuk belajar, melawat dan aktiviti lain.

 Ia tidak jelas sama ada wanita diwajibkan untuk mendapatkan izin penjaga mereka atau tidak bagi memohon lesen memandu.

 Dasar berkenaan dapat membebaskan wanita dari segi sosial, selepas mereka banyak bergantung kepada pemandu asing dan aplikasi perkongsian tunggangan, selain merangsang ekonomi pada waktu harga minyak rendah dengan meningkatkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja, kata pakar.

 Pengumuman itu menyusuli perayaan campuran jantina yang memukau sempena hari kebangsaan Arab Saudi pada hujung minggu lepas, yang pertama seumpamanya, bertujuan untuk menarik perhatian kepada kempen pembaharuan di negara walaupun ditentang oleh g o l o n g a n b e r a g ama konservatif.

 Lelaki dan wanita menari di jalanan mengiringi muzik elektronik dan dram, dalam suasana yang merupakan satu anomali yang mengejutkan di sebuah negara yang terkenal kerana pemisahan jantinanya yang ketat dan visi Islam yang keras.

 Wanita juga dibenarkan memasuki stadium sukan, dahulu arena khusus untuk kaum lelaki sahaja, untuk menonton konsert, satu langkah yang selari dengan rancangan Wawasan 2030 oleh kerajaan bagi reformasi sosial dan ekonomi.

 Dengan lebih separuh penduduk di negara itu berusia bawah 25 tahun, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, putera raja dan arkitek Wawasan 2030 dilihat sebagai memenuhi aspirasi golongan muda.

 Putera Mohammed, 32, bakal pewaris yang sudah pun dilihat sebagai pemimpin hakiki yang memegang semua kuasa utama dalam kerajaan, dilihat sebagai sedang berusaha untuk menghapuskan kesan tentangan dalaman sebelum sebarang pemindahan kuasa secara rasmi dari ayahanda baginda yang berusia 81 tahun.

 Pihak berkuasa pada bulan ini menangkap lebih 24 orang, termasuk aktivis dan ulama berpengaruh, dalam apa yang dikecam oleh pengkritik sebagai satu operasi pembanterasan bersepadu.

 — AFP

Advertisement