Anda di sini

Lelaki didenda kerana curi 16 gulung kabel elektrik

Advertisement

MIRI: Seorang pemuda didenda RM600 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri 16 gulung kabel elektrik bernilai RM20,000.

Nicholas Hwang Kee Wei, 21, dari Jalan Sukun Lutong Baru di sini telah mengaku bersalah mencuri 16 gulung kabel elektrik bernilai RM20,000 yang diletakkan di bawah jagaan Ung Kwang Hwa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.14 malam, 7 Mei lalu di Lot 23 dan Lot 25 of Parent Lot 1355 Miri Concession Land District Miri di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Advertisement