Anda di sini

10 Oktober urus kes lelaki nafi tuduhan sebabkan kematian jiran

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat hingga menyebabkan kematian seorang jiran.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

James Francis Sandin, 29, dari L/S 384 Kampung Pasir, Lutong telah dituduh melakukan pembunuhan tanpa niat hingga menyebabkan kematian Jaya Nyandang, 51.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 19 Mac tahun ini di rumahnya di L/S 384 Kampung Pasir Lutong di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memberitahu bahawa laporan kimia dan laporan perubatan mangsa telah siap.

Advertisement