Anda di sini

Lelaki jalankan kegiatan judi siber haram didakwa

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pagi semalam kerana kesalahan menjalankan kegiatan judi siber secara haram.

Yun Yan Chin, 42, dari Jalan Stampin, Kuching didapati menjalankan perniagaan judi siber tanpa mempunyai lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 11 malam, pada 16 september lalu di sebuah lot di Jalan Airport di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie.

Advertisement