Anda di sini

Dua cedera akibat kemalangan dua kenderaan

Advertisement
 Kereta Toyota Hilux terbalik selepas bertembung dengan Perodua Myvi.
BERTEMBUNG: Kereta Toyota Hilux terbalik selepas bertembung dengan Perodua Myvi.

KOTA KINABALU: Dua individu dilaporkan cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Lembaga Padi Inanam di sini, awal pagi Ahad.

Kemalangan terbabit berlaku kira-kira jam 2.30 pagi melibatkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Myvi.

Kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam.

Jurucakap bomba berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 pagi dan tiba di lokasi kejadian seminit kemudian.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 3.14 pagi.

Advertisement