Anda di sini

SMK Tutoh Apoh didik pelajar dengan dunia koperasi

Advertisement
 Acara gotong-royong menanam pokok turut diadakan.
TANAM POKOK: Acara gotong-royong menanam pokok turut diadakan.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh tidak hanya menekankan isu akademik semata-mata sebaliknya turut mendidik pelajarnya mengenai ilmu keusahawanan dengan menganjurkan Hari Koperasi Sekolah dan mengadakan Anugerah Kecemerlangan Hari Koperasi Sekolah.

 Anugerah Kecemerlangan Hari Koperasi Sekolah tersebut telah dirasmikan sendiri oleh pengetua sekolah, Jumari Hassim, yang turut memuji usaha dan penglibatan secara aktif guru-gurunya, dalam menjayakan keduadua acara tersebut.

 “Walaupun ia (sumbangan mereka) dilihat seperti kecil tetapi ia adalah usaha yang amat mencabar dan bermakna sekali untuk pelajar-pelajar mereka,” katanya.

 Menurut Jumari, tujuan menganjurkan aktiviti tersebut ialah untuk melatih murid-murid menjadi usahawan kecil, menanamkan sifat kerjasama, usaha dan kegigihan dalam mencapai kejayaan dan cabaran dalam perniagaan.

 Manakala acara jualan dilakukan sendiri oleh murid-murid dengan bimbingan guru-guru mereka.

 SMK Tutoh Apoh boleh dihubungi melalui jalan pembalakan dari Miri dan Marudi, yang sepanjang jalannya dalam keadaan becak jika hujan namun ia tetap tidak mematahkan semangat para guru yang mengajar di sekolah tersebut.

 Dahulunya, sekolah tersebut boleh dihubungi menerusi Sungai Tutoh, namun selepas perjalanan bot ekspres diberhentikan, guru-guru dan penduduk dari Long Panai terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jalan pembalakan tersebut.

 “Itulah sebabnya kenapa kebanyakan guru sekolah di sini dan pedalaman di Baram memiliki kenderaan pacuan empat roda, kerana ia adalah keperluan bagi mereka,” ujar Jumari.

 Para pelajar memanfaatkan bakat masing-masing, bekerjasama menjual air kelapa di gerai mereka.
GIGIH: Para pelajar memanfaatkan bakat masing-masing, bekerjasama menjual air kelapa di gerai mereka.
  • oleh
  • Advertisement