Anda di sini

Diancam Agung, ribuan pindah

Advertisement

‘Tidur’ lebih 50 tahun, Bali jangka gunung berapi itu akan meletus

 Pemandangan menunjukkan keadaan di sekitar Gunung Agung di Karangasem, Pulau Bali semalam. — Gambar AFP
BERBAHAYA: Pemandangan menunjukkan keadaan di sekitar Gunung Agung di Karangasem, Pulau Bali semalam. — Gambar AFP

KARANGASEM: Lebih 34,000 penduduk telah meninggalkan kediaman mereka dari sekeliling gunung berapi yang sedang bergolak di pulau peranginan Bali ketika kekuatan gegaran bertambah, menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan meletus buat kali pertama setelah terpendam lebih 50 tahun, menurut seorang pegawai semalam.

Agensi mitigasi bencana di Indonesia menyatakan jumlah penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di sekitar gunung berapi telah meningkat tiga kali ganda sejak Jumaat lepas dalam kebimbangan yang bertambah bahawa Gunung Agung akan meletus pada bila-bila masa.

Proses pemindahan sedang dilakukan dan kami menjangkakan jumlah penduduk yang berpindah akan terus bertambah,” menurut jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho.

Gunung berapi tersebut yang terletak kira-kira 75 kilometer dari hab pelancongan Kuta telah bergegar beratus-ratus kali sejak Ogos lepas.

Pihak berkuasa meng-umumkan paras amaran paling tinggi pada lewat Jumaat lepas berikutan dengan peningkatan aktiviti gunung berapi dan menggesa penduduk untuk berada sekurang-kurangnya sembilan kilometer jauhnya dari kawasan kawah.

Saya benar-benar sangat bimbang untuk pergi dari sini, saya meninggalkan haiwan ternakan saya di rumah kerana kami telah diarahkan untuk segera meninggalkan kampung kami,” menurut salah seorang penduduk kampung, Nyoman Asih yang berpindah bersama seisi keluarganya.

Lapangan terbang antarabangsa di bandar utama Bali, Denpasar, kemungkinan ditutup namun tiada jadual penerbangan terjejas sehingga semalam.

Lapangan terbang telah menyediakan bas dan kereta api bagi memindahkan penumpang ke hab alternatif di wilayah berhampiran seki-ranya gunung itu meletus.

Pusat Pencegahan Bencana Geologi dan Gunung Berapi Indonesia menyatakan gegaran kurang kerap semalam namun lebih kuat berbanding hari-hari sebelumnya.

Gunung  masih belum meletus sehingga sekarang, gempa bumi kurang berlaku namun magnitudnya  semakin kuat,” kata Gede Suantika, penganalisis kanan  gunung berapi di agensi tersebut.

Lebih 1,000 maut ketika  Agung kali terakhir meletus pada 1963. — AFP

Advertisement