Anda di sini

SMK Lopeng menang tempat kedua Laman Web Terbaik

Advertisement
 Fadzil (tengah) merakam kenangan bersama pasukan juara, Kolej Cempaka.
TAHNIAH: Fadzil (tengah) merakam kenangan bersama pasukan juara, Kolej Cempaka.

HARAPAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng Tengah memenangi kategori Laman Web Terbaik melalui ‘Likes’ terbanyak di ‘Facebook’ musnah selepas sekolah dari Perak berjaya mendapat 6,599 Likes.

SMK Lopeng Tengah hanya mendapat 4,442 Likes untuk laman webnya di Facebook menjadikan pasukan bergelar Toyota Eco Rangers itu memenangi tempat kedua.

Tempoh tutup pengiraan jumlah Likes ialah pada petang Jumaat (15 September) lalu.

Pertandingan itu merupakan salah satu kategori dipertandingkan sempena Toyota Eco Youth (TYE) 2017 peringkat kebangsaan.

Pengetua SMK Lopeng Tengah Ng Cheng Soo berkata, kini mereka menaruh harapan memenangi kategori paling ramai pengikut di Instagram yang mana mereka kini mendahului 11 lagi sekolah yang bertanding.

“Orang ramai boleh mengikuti Instagram kami di tey.smklt2017. Kami merayu sokongan semua orang awam khususnya rakyat Sarawak untuk memastikan kemenangan,” katanya ketika dihubungi di Miri, baru-baru ini.

Jumlah pengikut akan dikira sehingga 9 Oktober depan.

Katanya, hadiah wang tunai sejumlah RM1,000 menanti pemenang bagi kategori Laman Web Terbaik manakala hadiah keseluruhan untuk juara ialah RM10,000.

Sementara itu, SMK Lopeng Tengah pernah menjuarai TEY pada 2013 dan berharap dapat mengulangi kejuaraan itu tahun ini.

Pasukan Toyota Eco Rangers itu melaksanakan dua projek iaitu mengurangkan jejak karbon dan penjimatan air dan elektrik.

  • oleh
  • Advertisement