Anda di sini

LKIM terus bantu nelayan Sabah untuk tingkat tangkapan

Advertisement
 Razak bersama Arsit pegawai-pegawai dari LKIM memegang baner sebagai simbol pelancaran Gelombang Nelayan Nasional 2017 bagi program Taklimat Keselamatan dan Insurans Nelayan bagi PNK kawasan Kota Kinabalu.
KEBAJIKAN: Razak bersama Arsit pegawai-pegawai dari LKIM memegang baner sebagai simbol pelancaran Gelombang Nelayan Nasional 2017 bagi program Taklimat Keselamatan dan Insurans Nelayan bagi PNK kawasan Kota Kinabalu.

PUTATAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus memainkan peranan bagi membantu nelayan di negeri ini secara berterusan.

Ahli Lembaga Pengarah LKIM Datuk Razak Tun Sakaran berkata, industri perikanan di negeri ini sememangnya berpotensi di mana sektor perikanan merupakan penyumbang utama kepada peningkatan taraf sosioekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Berdasarkan potensi hasil laut yang pelbagai dan boleh diketengahkan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus memainkan peranan menerusi usaha membantu nelayan secara berterusan bagi meningkatkan hasil laut di negeri ini yang sememangnya berpotensi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan kawasan Parlimen Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih Putatan baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Putatan Datuk Arsit Sedi.

Sehubungan dengan itu Razak yang juga Bendahari UMNO bahagian Semporna berkata, LKIM sentiasa mengambil inisiatif dan prihatin dengan menyalurkan bantuan dan subsidi bagi merancak dan meningkatkan pengeluaran hasil laut dalam kalangan nelayan di Sabah, termasuklah pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan.

“Kerajaan peka dan prihatin dengan nasib kaum nelayan terutamanya nelayan pesisir pantai di mana hasil tangkapan mereka amat bergantung kepada keadaan, bila musim tengkujuh atau laut bergelora pendapatan mereka berkurangan, justeru bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” jelas Razak.

Tambah Razak, terdapat juga kerumitan bagi golongan nelayan terutamanya di kawasan Pantai Timur dengan kegiatan lanun, pencerobohan penjenayah bersenjata sebagaimana kejadian pencerobohan sebelum ini.

“Bagaimana pun kehadiran anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedikit sebanyak meredakan keresahan nelayan di kawasan ini.

“Saya berharap para nelayan khususnya di kawasan Pantai Timur sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan serta peraturan yang teah ditetapkan oleh ESSCom demi keselamatan mereka,” katanya.

Advertisement