Anda di sini

CAPS alu-alu usaha kerajaan tambah baik KR1M

Advertisement

KOTA KINABALU: Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) mengalu-alukan usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan rangkaian Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Presidennya James Bagah berkata, langkah itu amat wajar dilakukan kerana kewujudan KR1M yang ada sekarang tidak memberi impak kepada penurunan harga barangan keperluan harian seperti yg dijanjikan oleh kerajaan.

“Kita sering kali menerima aduan daripada pengguna berhubung dengan kualiti barangan yg tidak memuaskan, harga yg tidak berpatutan dan barangan yang sudah tamat tempoh.

“Jadi, kita berharap dengan penjenamaan KR1M 2.0 ini kelak akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna melalui penawaran harga barangan yg lebih murah serta berkualiti,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini pada Jumaat.

Tambahnya, penambahbaikan itu juga perlu dilakukan disebabkan variasi barangan yang ditawarkan di KR1M masih dilihat terhad yang mana pengguna tidak mempunyai banyak pilihan.

Justeru katanya, pemantauan KR1M 2.0 itu nanti perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha yang terlibat tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Advertisement