Anda di sini

Wanita nafi tuduhan miliki loteri haram dibebas dengan jaminan

Advertisement

MIRI: Seorang wanita di-perintahkan Mahkamah Majistret semalam supaya dibebas dengan jaminan RM2,800 berserta seorang penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan memiliki sekeping tiket loteri haram.

Mahkamah kemudian me-netapkan 29 September ini untuk pengurusan kes.

Elizabeth Baca Dunggat, 23, dari Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir telah didakwa mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memiliki sekeping kertas putih tercatat nombor ekor haram berangka 10,000 sebagai loteri awam haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.45 petang, 10 September lalu di sebuah premis di lot kedai Taman Delight di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement