Anda di sini

Sambutan Hari Keluarga PTRS berlangsung meriah

Advertisement
 Wong bersalaman dengan penduduk yang menyertai Hari Keluarga PTRS.
SAMBUT: Wong bersalaman dengan penduduk yang menyertai Hari Keluarga PTRS.

HARI Keluarga Persatuan Tuai Rumah Sibu yang diadakan di Mini Kampung Budaya 1Malaysia, Bukit Aup di Sibu baru-baru ini telah berlangsung dengan meriah.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Komuniti (LPK) UPP Sibu Dato Andrew Wong, Timbalannya yang juga Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong serta Pemanca James Semilan.

 Tuai Rumah Ukar menyertai pertandingan menyumpit.
SUMPIT: Tuai Rumah Ukar menyertai pertandingan menyumpit.

Turut hadir ialah Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Richard Ampi, Penghulu Evelyn Holly Sebom, Pengerusi PTRS Tuai Rumah Dieo Kanyan, pengerusi pengelola sambutan Tuai Rumah Juing Buntok serta yang lain.

Sambutan Hari Keluarga PTRS dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan untuk ahli-ahli persatuan dan juga ahli keluarga mereka.

Acara yang dipertandingkan termasuk meniup belon dan membawa bola pingpong dengan sudu bagi kanak-kanak serta pertandingan menyumpit, melontar dart dan boling kelapa untuk orang dewasa.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan karaoke serta cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

  • oleh
  • Advertisement