Anda di sini

Murid kerah kudrat melawan perogol

Advertisement
 Suspek dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan perintah reman pagi semalam.
KE PENGADILAN: Suspek dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan perintah reman pagi semalam.

JULAU: Seorang  murid tahun lima terselamat daripada menjadi mangsa rogol remaja berusia 16 tahun selepas dia berjaya menghalang perbuatan suspek dengan sepenuh kudrat kecilnya.

Susulan insiden menakutkan pada malam 8 September itu, mangsa menceritakan kejadian kepada datuknya.

Bertindak daripada maklumat, suspek telah berjaya ditangkap pasukan Polis JSJ IPD Julau kerana disyaki melakukan cubaan rogol.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berkata, suspek ditahan di sebuah rumah panjang di Pakan kira-kira tiga jam lebih perjalanan dari IPD Julau.

Katanya kes ini terbongkar apabila mangsa berusia 11 tahun 4 bulan memberitahu datuknya bahawa suspek memasuki bilik tidurnya pada waktu malam kejadian.

“Mangsa memberitahu suspek cuba merogolnya dan dia cedera di tangan selepas bergelut dengan suspek,” katanya ketika dihubungi.

Bertindak atas maklumat, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Julau telah pergi ke sebuah rumah panjang melalui jalan darat dan suspek berada dalam rumah ketika ditangkap.

Katanya suspek yang merupakan pekerja kebun sawit ditangkap sekitar jam 5 petang semalam.

Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan selepas dihantar ke Klinik Kesihatan Pakan pada tengah hari kejadian.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini (semalam) untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Bidol menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Advertisement