Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah tuduhan miliki mercun

Advertisement

MIRI: Gara-gara memiliki mercun, seorang lelaki didenda RM2,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Miri semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Tan Hua Kui, 35, mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki bahan letupan iaitu sejenis mercun yang disimpan di dalam laci keretanya dengan nombor pendaftaran QMR44xx.

Tan dari Kampung Bakam di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.45 petang, 14 September lalu di belakang sebuah kedai 24 jam di Centre Point 2, Jalan Kubu di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan ini adalah kesalahan per-tamanya.

Advertisement