Anda di sini

Bengkel ibu bapa tunggal, 25 September

Advertisement

SARIKEI:  Seksyen Kaunseling dan Psikologi dengan kerjasama Seksyen Bantuan Kesejahteraan Sosial Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei akan menganjurkan Bengkel Kesejahteraan Rohani dan Jasmani Keluarga Ibu Bapa Tunggal.

Program ini akan berlangsung pada 25 Sepetember (Isnin) depan di Wawasan Inn Sarikei, bermula jam 3 petang.

Dianggarkan sekitar 60 peserta yang terdiri daripada penerima bantuan bulanan kategori ibu bapa tunggal bersama anak bersekolah akan hadir pada program itu nanti.

Upacara penutupan rasmi program akan disempurna Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin.

Sehubungan dengan penganjuran program ini, pengelola menggesa semua peserta agar hadir pada program itu nanti tepat pada masa, tarikh dan lokasi seperti yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran program.

Advertisement