Anda di sini

Skuad Projek Xten menjuarai Futsal Piala Hari Malaysia

Advertisement

SIBU: Pasukan Projek Xten dari Kanowit menjuarai Kejohanan Futsal Piala Hari Malaysia 2017 bagi kategori lelaki bawah 20 tahun di Gelanggang Futsal Bukit Lima, di sini.

 Tempat kedua kategori sama dimenangi pasukan ZR069 Familia dari Sibu sementara ketiga bersama pasukan 7D (Kapit) dan PFFS (Sarikei).

 Dengan kemenangan itu, Projek Xten membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan medal.

 Sementara ZR069 Familia menerima wang tunai RM700, piala dan medal.

 Pasukan 7D dan PFFS masing-masing meraih hadiah wang tunai RM300 dan piala.

 Sementara dalam kategori wanita bawah 20 tahun dimenangi pasukan WA5411Y dari Sibu sekali gus menerima hadiah wang tunai RM500, piala dan medal.

 Naib juara KSRTR (Sibu) membawa pulang wang tunai RM400, piala dan medal.

 Tempat ketiga bersama dimenangi Matrix (Sibu) dan Libra’s FT (Sarikei) masingmasing menerima wang tunai RM200 dan piala.

 Sebanyak 36 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita bawah 20 tahun dari Sibu, Mukah, Kapit, Kanowit, Sarikei dan Belawai menyertai kejohanan dua hari itu.

 Kejohanan anjuran bersama Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR) dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Bahagian Sibu untuk mempromosi gaya hidup sihat kalangan belia.

 Hadi ah di s ampa ika n pemenang oleh Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Assek, Abang Mohd Yassin Dato Sri Zainuddin.

 Hadir sama Pengerusi KSRTR, Halel Mohd Ibrahim serta yang lain.

Advertisement