Anda di sini

Lawatan KRT Tanjung Patingan ke KL, Melaka perkukuh integrasi nasional

Advertisement
 Mohamad (lima kiri) dan Zulkhairi (enam kiri) merakam kenangan bersama  rombongan KRT Tanjung Patingan dan KRT Hang Tuah di daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
KERJASAMA: Mohamad (lima kiri) dan Zulkhairi (enam kiri) merakam kenangan bersama rombongan KRT Tanjung Patingan dan KRT Hang Tuah di daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

SERAMAI 28 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Patingan yang menyertai lawatan integrasi komuniti ke KRT Hang Tuah, Kuala Lumpur dan Melaka menganggap program berkenaan telah mencapai matlamat dan misi penganjurannya.

Selain mengeratkan makna integrasi antara KRT, lawatan bermula 14 hingga 17 September, berakhir semalam juga bertujuan memberi pendedahan kepada ahli termasuk pengetahuan berhubung  pengurusan KRT.

Pengerusi KRT, Mohamad Yusof berkata, lawatan ini merupakan program pertama ke luar daripada komuniti untuk KRT Tanjung Patingan.

Katanya, melihat kepada kejayaan dan kerjasama diberi adalah tidak mustahil untuk KRT berkenaan mengadakan program yang sama pada masa akan datang.  

Ini sekali gus memberi pendedahan kepada peserta bahawa lawatan ini mampu memperkukuh hubungan dengan KRT

di Semenanjung Malaysia. Mana tahu, pada masa akan datang kita pula yang menyambut mereka di Sarawak,” katanya sambil menambah, kerjasama antara rombongan KRT Tanjung Patingan memudahkan proses lawatan berkenaan.

Antara aktiviti ialah ramah-tamah Aidilfitri, kembara merdeka, pembuatan pastri, sambutan hari ibu,  ceramah antidadah dengan kerjasama Masjid Darul Hana Patingan dan aktiviti lain sebelum ini.

Sepanjang lawatan, peserta rombongan  diketuai pengerusinya dibawa mengadakan perjumpaan dengan KRT Jalan Hang Tuah dan lawatan ke sekitar Kuala Lumpur.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi (JPNIN) Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zulkhairi Zainal dan Pegawai Pengiring selaku Pegawai Penyelia KRT Tanjung Patingan, Mohamad Arif Zawawi dari JPNIN Bahagian Kuching.

Pada sebelah malamnya pula, peserta akan diraikan dalam majlis jamuan malam bersama Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Objektif lawatan untuk memperkukuhkan integrasi sedia ada di samping memberi pendedahan kepada ahli KRT selain memperkenalkan sosio- budaya Sarawak.

Salah seorang peserta rombongan, Mohamad Abdul Rahman Adenan berkata, lawatan yang julung kali KRT Patingan ke luar kawasan Sarawak memberi pendedahan dan pengalaman rombongan khususnya pentadbiran KRT.

Melalui lawatan sambil belajar ini, saya menimba pengalaman dan pendedahan selain mengeratkan silaturahim antara ahli KRT.

Pada masa sama, lawatan ini dapat memperkukuhkan integrasi antara KRT Sarawak dan KRT di Semenanjung,” katanya.

Sementara Jamali Abdullah berkata, lawatan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli KRT Tanjung Patingan dan KRT Hang Tuah daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Katanya, melalui lawatan ini, ahli dapat berinteraksi dan saling bertukar pendapat untuk memperkenalkan budaya masing-masing.

Aliaa Syamimi Jamali berkata, ini merupakan lawatan pertama kalinya bersama KRT untuk menambah ilmu pengetahuan terutama bagi generasi muda.

Beliau berpuas hati dengan lawatan ini berkata, ia merupakan landasan untuk mengenali sejarah terutama lawatan di Melaka.

Jauh perjalanan luas pemandangan dan kita mahu aktiviti ini diadakan lebih kerap pada masa akan datang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement