Anda di sini

Ceramah gangguan seksual perlu kerap diadakan

Advertisement

Bagi membina sahsiah pelajar supaya kebal terhadap godaan serta kesedaran mengenai jenayah tersebut

 Abang Sardon menyampaikan cenderamata kepada DSP Jeniffer Atok yang hadir bagi menyampaikan ceramah mengenai jenayah seksual kanak-kanak sempena Program Merdeka@Komuniti Sekolah Angkat anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di SK Lumba Kuda, Kuching semalam.Turut kelihatan John (kiri) dan Kamariah (dua kiri).
PENGHARGAAN: Abang Sardon menyampaikan cenderamata kepada DSP Jeniffer Atok yang hadir bagi menyampaikan ceramah mengenai jenayah seksual kanak-kanak sempena Program Merdeka@Komuniti Sekolah Angkat anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di SK Lumba Kuda, Kuching semalam.Turut kelihatan John (kiri) dan Kamariah (dua kiri).

KUCHING: Ceramah gangguan seksual perlu kerap diadakan di sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah bagi mendedahkan pengetahuan serta kesedaran mengenai jenayah tersebut.

Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim berkata ia amat penting diketahui oleh para pelajar termasuk guru, memandangkan trend jenayah tersebut yang semakin menular dan berleluasa.

Dengan adanya pendedahan mengenai jenayah seksual, ia diharap dapat mencegah perkara sumbang seperti ini daripada terus merebak dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Merdeka@Komuniti Sekolah Angkat anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Lumba Kuda di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Kamariah Said dan Guru Besar SK Lumba Kuda John Selvaraj Perumal.

Selain itu, Abang Sardon berkata hubungan antara pelajar dengan orang awam juga perlu dijaga dan dipantau oleh guru dan ibu bapa bagi mengelak anak-anak terpengaruh dengan perlakuan jenayah.

Jelas beliau, misalnya insiden pusat tahfiz yang menggemparkan negara baru-baru ini adalah satu pengajaran bahawa jenayah sekarang bukan sahaja boleh dilakukan oleh orang dewasa tetapi juga mampu dilakukan oleh remaja.

Justeru, katanya adalah mencabar untuk guru sekarang mamastikan setiap pelajar adalah selamat lebih-lebih lagi apabila mereka keluar dari persekitaran sekolah, di mana mereka terdedah kepada ancaman rakan-rakan di luar.

Itulah cabaran guru untuk dapat mendidik dan membina sahsiah pelajar supaya kebal terhadap ancaman dan godaan dari luar khususnya dalam era teknologi maklumat dan telefon pintar yang amat bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Sardon turut mengingatkan khususnya pelajar perempuan agar tidak selalu berkongsi foto selfie di laman-laman sosial terutama Facebook demi menjaga keselamatan diri.

Mempamerkan gambar di Facebook yang akan dilihat oleh semua orang di seluruh dunia merupakan satu risiko, yang boleh membawa kepada penyeludupan manusia, penculikan kanak-kanak dan sebagainya di mana orang sanggup berbelanja berjuta ringgit hanya untuk mendapat bekalan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, beliau menambah Jabatan Penerangan yang diamanahkan untuk menjaga penularan maklumat dalam media sosial juga telah memainkan peranan dalam berkongsi maklumat menerusi Facebook mengenai orang hilang, kes penculikan atau sebagainya.

Apabila dalam Facebook mengatakan anak, isteri atau suami hilang misalnya, kami akan mengambilnya dan kongsikan dengan semua jaringan di seluruh negeri melalui 235 Komuniti 1Malaysia.

Kalau maklumat itu ditularkan, mudah-mudahan ia dapat sampai kepada mereka yang mungkin dapat bertemu dengan orang tersebut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement