Anda di sini

Canon perkenal dua peranti pencetakan komersial

Advertisement

Menjimat masa dan kos, direka untuk memberikan pulangan pelaburan yang terbaik kepada pelanggan

 (Dari kiri) Mah, Koh dan Pengarah Kanan PPP dan Solusi Pengimejan Perniagaan (BIS) Canon Marketing (Malaysia) Yoshiie Masato menunjukkan model baharu imagePRESS C650 model.
BAHARU: (Dari kiri) Mah, Koh dan Pengarah Kanan PPP dan Solusi Pengimejan Perniagaan (BIS) Canon Marketing (Malaysia) Yoshiie Masato menunjukkan model baharu imagePRESS C650 model.

KUCHING: Canon Marketing (Malaysia) memperkenal dua peranti pencetakan komersial, barisan produk varioPRINT DP generasi ketiga (varioPRINT 140/130/115) dan imagePRESS C850/C750/C650 dengan tema ‘#UnleashPrint–Built for Business, Bring It On’, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia), Andrew Koh berkata, selaku peneraju dalam produk pengimejan dan penyedia penyelesaian, Canon memahami bahawa setiap perniagaan dan bilik cetakan adalah tidak sama serta mempunyai keperluan berbeza.

Sejak beberapa dekad lalu, teknologi telah berkembang dengan begitu pesat katanya, sambil menambah, mengembangkan perniagaan bukan sekadar melibatkan untung yang lebih besar dan menarik lebih ramai pelanggan.

Oleh sebab itu, kami sentiasa berada di hadapan dalam menghasilkan penyelesaian-penyelesaian baharu demi memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang.

Bahagian Produk Pencetakan Profesional (PPP) Canon ditubuh untuk perniagaan bagi menyediakan produksi warna serta hitam putih yang memilik kualiti lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Bahagian PPP Canon Marketing (Malaysia), Albert Mah menjelaskan bahawa produktiviti dan kualiti cetakan yang tinggi adalah sangat penting dalam pencetakan komersial.

Memandangkan industri pencetakan terus mengalami evolusi ke arah pendigitalan, Canon bersedia untuk merintis dan merevolusikan pasaran baharu melalui pencetak-pencetak bagi kegunaan komersial demi menyokong gaya hidup yang lebih mudah bagi mereka yang berada dalam industri pencetakan dan sebagainya.

Memiliki pelbagai teknologi dan ciri-ciri inovatif dalam satu bentuk yang mempunyai jejak karbon rendah, barisan produk varioPRINT DP(varioPRINT 140/130/115) dan Canon imagePRESS C850/C750/C650 direka untuk memberikan pulangan pelaburan yang terbaik kepada pelanggan apabila menggabungkan aspek penjimatan masa dan kos dengan penjanaan keuntungan.

Penyedia perkhidmatan cetakan (PSP) selalu mendapati cetakan tradisional yang tidak fleksibel tidak mampu memenuhi keperluan ubah suai dokumen.

Ketika tugas cetakan menjadi semakin kompleks, PSP perlu memastikan persekitaran pengeluaran mereka adalah fleksibel, cekap dan produktif untuk memanfaatkan perubahan permintaan ini,” katanya. 

Mah menjelaskan bahawa kerumitan menjadi sebab utama di sebalik peningkatan trend PSP beralih daripada peranti analog kepada peranti digital yang lebih pantas dan produktif.

Justeru, teknologi cetakan digital Canon dapat membantu PSP menawarkan kualiti cetakan dokumen yang profesional dengan mudah dan terkawal. 

Sistem cetakan berdasarkan kepada pemintaan kami yang mesra pengguna dan kos efektif menawarkan penyelesaian pencetakan yang menyeluruh untuk maklum balas lebih pantas.

Selain daripada itu, ia dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih luas kepada pelanggan,” katanya.

Apakah makna perkakasan tanpa perisian yang penuh kuasa untuk menyokong dan melancarkan aliran kerja demi produktiviti lebih baik?

Canon Malaysia turut memperkenalkan pengawal perisian Canon PRISMAprepare yang memainkan peranan penting dalam menyatukan semua fungsi tugas, bagi menghasilkan output berkualiti tinggi dalam keadaan yang paling produktif dan cekap dari segi kosnya.

Tidak kira sama ada anda membuat cetakan warna atau monokrom satu persatu atau sekali gus, perisian PRISMAprepare termaju kami membuatkan urusan penyediaan tugas yang kompleks lebih mudah dengan cara mengautomatikkan proses pracetakan dan mempercepatkan tugas mencetak.

Ini dapat mengurangkan pembaziran masa, atau susun atur semakan cetakan sebelum ia dapat dicetak dengan sempurna,” jelas Mah.

Sebagai sebuah syarikat, Canon sentiasa menjadi rakan cetakan komersial di Malaysia. Ia menawarkan sokongan dan kepakaran untuk menyerlahkan idea-idea serta aplikasi baharu yang akan membantu memberi inspirasi kepada pelanggan, seterusnya menambah baik produktiviti dan keuntungan perniagaan mereka.

Selain demonstrasi dua peranti baharu, majlis pelancaran itu turut menunjukkan pelbagai aplikasi cetakan warna dan monokrom di bawah satu tema restoran.

Ini termasuklah buku, menu restoran, alas meja, pelapik cawan dan risalah di atas meja yang dicetak dalam pelbagai format material.

Canon Malaysia dipacu oleh falsafah korporatnya iaitu ‘Kyosei’untuk membangunkan aplikasi dan penyelesaian yang akan membawa kepada dunia yang lebih baik.

 “Atas sebab ini, pelanggan tidak perlu bimbang kerana Canon akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang bukan hanya melancarkan urusan kerja serta meningkatkan produktiviti.

Malah mencipta satu sinergi baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan. Kami akan terus berevolusi, selari dengan apa yang kami jangkakan pada masa depan dunia digital,” kata Mah.

Pemilik perniagaan pencetakan yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut barisan produk Canon varioPRINT DP(varioPRINT 140/130/115) dan Canon imagePRESS C850/C750/C650 diminta menghubungi Canon Malaysia menerusi e-mel [email protected] untuk satu temu janji demonstrasi produk.

Advertisement