Anda di sini

Sentap amukan Tok Gajah!

Advertisement
 Pemain-pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin. Gambar sisipan Posa.
GIGIH: Pemain-pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin. Gambar sisipan Posa.

KUCHING: Pertemuan Sarawak menentang Pahang dalam aksi Liga Super 2017 malam ini bakal menjadi penentu hala tuju skuad itu dalam saingan liga musim depan.

Yang pasti, kemenangan akan membuka semula peluang Sarawak untuk kekal dan kekalahan mengundang sebaliknya buat skuad bimbingan Pengiran Bala itu.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais meminta semua pemain bangkit untuk melakukan kejutan ke atas skuad Tok Gajah ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Posa menjelaskan, hanya kemenangan menjadi misi utama mereka malam ini untuk mengukuhkan peluang dalam s a ingan l iga yang hampir melabuhkan tirainya.

“ Kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan perlu menang ke atas Pahang (malam ini).

Ia memang tugas berat namun perlu dilaksanakan untuk menghidupkan peluang kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Posa, tugas semua pemain akan menjadi lebih mudah jika dapat menundukkan Pahang kerana baki dalam dua perlawanan menentang Kedah dan TTeam berlangsung di tempat sendiri.

Justeru, beliau berharap semua pemain beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan mata berharga berjaya dibawa pulang.

Sementara itu, jurulatih sementara Sarawak Pengiran Bala tetap menyasarkan keputusan positif pada pertemuan menentang Pahang meskipun mengakui anakanak didiknya bakal berdepan cabaran getir di laman lawan malam ini.

Menurut Pengiran Bala, beliau telah merancang sesuatu untuk menghambat cita-cita anak-anak didik Dollah Salleh meraih mata penuh.

“Kita sedar Pahang bukan lawan yang mudah dan turut mahukan kemenangan.

Bermain di laman sendiri pasti memberi kelebihan kepada mereka.

“Justeru, saya telah memikirkan sesuatu untuk mengekang asakan-asakan pemain-pemain lawan.

Pada masa sama, saya akan menggunakan khidmat beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden untuk memperkuat skuad Sarawak,” katanya.

Sarawak akan beraksi tanpa khidmat kapten, Ronny Harun yang masih mengalami kecederaan bahu.

  • oleh
  • Advertisement