Anda di sini

Program Jom Mengeteh Merdeka pupuk semangat cintakan negara

Advertisement
 Hasbi (barisan belakang, tengah) dan tetamu kenamaan lain merakam kenangan bersama kanak-kanak Tabika KEMAS pada Program Jom Mengeteh Merdeka di Dewan Bunga Raya di Limbang, baru-baru ini.
KENANGAN BERSAMA: Hasbi (barisan belakang, tengah) dan tetamu kenamaan lain merakam kenangan bersama kanak-kanak Tabika KEMAS pada Program Jom Mengeteh Merdeka di Dewan Bunga Raya di Limbang, baru-baru ini.

SEMANGAT cintakan negara bersempena dengan Hari Kebangsaan terserlah pada wajah kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Limbang dalam memeriahkan Program Jom Mengeteh Merdeka di Dewan Bunga Raya di Limbang, baru-baru ini.

Seawal jam 7 pagi, kanak-kanak tampil dengan keunikan dan kreativiti kostum Jalur Gemilang dan bendera Sarawak yang direka begitu cantik sekali.

Kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sarawak terus memeriahkan acara itu yang dimulakan dengan perarakan mengelilingi bulatan Jalan Buangsiol hingga ke Dewan Bunga Raya.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah optimis dengan adanya program berkenaan semangat cintakan negara akan dapat dipupuk di peringkat awal melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

Selain kanak-kanak, katanya, semangat patriotisme juga perlu ditanam dalam jiwa ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya.

Lebih 700 kanak-kanak dan guru-guru melibatkan 44 tabika KEMAS Daerah Limbang memeriahkan acara itu yang turut diselitkan dengan pelbagai program kemerdekaan termasuk pertandingan pakaian beragam merdeka, pertandingan mewarna, pertandingan menghias motosikal merdeka, deklamasi sajak dan pelbagai aktiviti lain.

Turut sama ialah Pegawai KEMAS Bahagian Khairul Amree Abdul Rahman, Pegawai Perpaduan Bahagian Mohd Fakri Asmad, ketua jabatan kerajaan dan ketua masyarakat lain.

  • oleh
  • Advertisement