Anda di sini

Ahli perniagaan terkemuka ditahan

Advertisement
 Suspek dibawa ke Hospital Miri untuk menjalani pemeriksaaan.
DIBERKAS: Suspek dibawa ke Hospital Miri untuk menjalani pemeriksaaan.

MIRI: Polis menahan seorang ahli perniagaan terkemuka semalam untuk membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek yang berusia 82 tahun ditangkap sekitar jam 6 pagi.

Menurut beliau, tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa di Balai Polis Pusat Miri pada jam 8.42 pagi 18 September lalu.

“Dalam aduannya, pengadu mahu pemeriksaan doktor dilakukan terhadap anaknya (mangsa) kerana mengesyaki anak perempuannya itu telah dirogol.

“Mangsa telah keluar rumah sejak 10 September lalu mengikut kawan dan menginap di hotel,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu, kata Lim, suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di sini telah diberkas polis ketika datang menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri sekitar jam 6 pagi semalam.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk menghantar mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement