SIBU: Datuk dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang menjadi mangsa cabul, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, Rommie Ahmad Zaidi.
Tertuduh yang masing-masing berusia 53 dan 25 tahun, diperintah dihadapkan semula di Mahkamah Sesyen pagi esok.
Kedua-dua mereka tidak dibenarkan bebas.
Datuk mangsa menghadapi empat pertuduhan sementara ayah saudaranya menghadapi lima pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa.
