Anda di sini

Kubu Emma mendap

Advertisement

 

 Kawasan tanah mendap berhampiran Kubu Emma di Kanowit, semalam.
TENGGELAM: Kawasan tanah mendap berhampiran Kubu Emma di Kanowit, semalam.
 Kawasan terbabit ditutup oleh polis bagi keselamatan orang ramai.
TUTUP: Kawasan terbabit ditutup oleh polis bagi keselamatan orang ramai.

 Kawasan sekitar kubu tenggelam dan berlubang,  kini ditutup kepada orang ramai

KANOWIT: Polis Ronda Cegah Jenayah dari IPD Kanowit terkejut apabila mendapati tanah di kawasan berhampiran Kubu Emma di sini mendap.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Benjamin berkata disebabkan tanah mendap, kawasan terbabit tenggelam dan berlubang.

"Ia sangat berbahaya khususnya kepada kanak-kanak kerana kawasan ini sering menjadi tumpuan pada setiap petang," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, faktor terjadinya mendapan tanah di kawasan terbabit mungkin disebabkan sering hujan dan menyebabkan struktur tanah mendap.

"Justeru, kita memohon pihak berkuasa tempatan agar mengambil tindakan segera masalah itu.

"Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku dan kita menutup laluan tersebut bagi mengelak orang awam menghampirinya sementara menunggu tindakan pihak berwajib," katanya.

  • oleh
  • Advertisement