Anda di sini

Haruan makan anak dihukum penjara 30 tahun, 18 sebatan

Advertisement
  Tertuduh yang mengaku bersalah melakukan  sumbang mahram terhadap anak kandungnya telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan.  
KE PENJARA:  Tertuduh yang mengaku bersalah melakukan  sumbang mahram terhadap anak kandungnya telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan.  
Tertuduh mengaku bersalah merogol anak kandung sejak tahun lepas

SARIKEI: Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan, selepas mengaku bersalah merogol anak kandung sendiri.

Tertuduh yang 38 tahun, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Maris Agan setelah pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dalam kes terbabit, tertuduh berhadapan dengan 16 pertuduhan merogol anak kandungnya sejak dari tahun 2016.

Pada 6 September lalu, seorang pelajar sebuah sekolah menengah yang berusia 15 tahun, dekat sini, tmengadu sakit perut kepada warden asramanya, dan mendedahkan dia telah menjadi mangsa rogol kepada bapa kandungnya sendiri.

Berikutan itu, warden asrama berkenaan telah membawa mangsa ke Hospital Sarikei untuk menjalani pemeriksaan.

Sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kes tersebut dan membuat pemeriksaan ke atas mangsa, pihak hospital terus bertindak menghubungi polis untuk tindakan seterusnya.

Selepas menerima maklumat, pasukan polis bertindak segera dengan menahan tertuduh, ketika di melawat mangsa di Wad Kecemasan Hospital Sarikei pada jam 4 petang, pada hari yang sama.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh polis, tertuduh didapati merogol mangsa di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat, dekat sini, sejak tahun lepas.

Tertududh terus dihadapkan ke mahkamah selepas tempoh reman tamat.

Pendakwaan kes tersebut telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Afwah Ismail.

  • oleh
  • Advertisement