Anda di sini

Latihan selamat ‘mangsa kebakaran’ di Klinik Kesihatan Tudan

Advertisement
 Anggota bomba membentangkan aliran hos bagi memadamkan kebakaran.
BERSIAP: Anggota bomba membentangkan aliran hos bagi memadamkan kebakaran.
 Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
USAHA: Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

ORANG awam yang melalui Jalan Tudan Utama dan penduduk sekitar cemas apabila melihat kepulan asap menyelubungi bangunan Klinik Kesihatan Tudan di Miri, baru-baru ini.

 Namun, kepulan asap itu terungkai apabila klinik tersebut sebenarnya menjalankan latihan kecemasan kebakaran kira-kira jam 9 pagi.

 Seramai 159 orang termasuk kakitangan klinik dan pesakit terlibat dalam latihan kebakaran tersebut.

 Pada latihan itu, tiga mangsa terlibat, dua diselamatkan oleh kakitangan klinik manakala seorang lagi terperangkap di tingkat 1.

 Bagaimanapun, mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

 Latihan tersebut berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dan kakitangan klinik mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak bomba.

  • oleh
  • Advertisement