Anda di sini

Bella ingin sukses dalam segala bidang

Advertisement

Nama: Danila Bella @ Bella Hermanni

Pekerjaan: Ahli perniagaan

Umur: 28

Tinggi: 170cm

Berat: 52kg

MELANGKAH masuk ke kafe MK Classico memberi satu ketenangan yang sukar diungkap apabila perabot dan hiasan dalamannya amat unik - hasil kreativiti pemiliknya yang saya andaikan gemar mengumpul barang-barang klasik.

Saya pada minggu lepas sengaja memilih kafe di Jalan Tabuan, Kuching ini sebagai lokasi sesi bergambar dengan ahli perniagaan wanita muda yang mempunyai gaya tersendiri.

Bella - dia lebih gemar dipanggil dengan nama itu. Agak tinggi orangnya, tetapi boleh tahan juga peramahnya apabila ini merupakan kali pertama berjumpa dengannya. Sebelum ini cuma kenal menerusi Instagram dan Facebook. 

Saya memilih dia untuk sesi kali ini memandangkan wanita ini mampu memberi motivasi kepada wanita-wanita lain untuk menceburi bidang perniagaan.

Dia memilih baju warna putih dan satu lagi berwarna hitam. Memang padan dengan suasana dalam kafe yang dipenuhi dengan barangan klasik seperti telefon, mesin taip, kamera, beg-beg, kerusi-meja dan lain-lain.

Bella tidak kekok berhadapan kamera kerana menurutnya ini bukan pertama kali. 

 

Soalan. Bagaimana anda melihat bidang modelling?

Jawapan. Saya melihat bidang peragawati sebagai kerjaya yang dipupuk menerusi minat, tujuan dan keinginan seseorang. Peragawati juga sama seperti karier lain yang memerlukan usaha gigih seseorang dan malah pilihan untuk menceburi bidang ini adalah berdasarkan keselesaan masing-masing. Ramai orang melihat modelling sebagau karier yang singkat. Tapi jika dilihat pada model seperti Amber Chia yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun, dia masih meneruskan kariernya sehingga kini. 

 

S. Apakah rahsia kecantikan anda?

J. Bagi saya kecantikan adalah subjektif. Jangan sekadar menilai kecantikan dari segi luaran, kecantikan dalam juga harus diambil kira. Rahsia kecantikan saya adalah menjaga diri agar sentiasa positif dan berkongsi aura tersebut dengan orang lain. Secara tidak langsung, kecantikan kita akan lebih terserlah.

 
Produk jenama Bella Hermanni yang menjadi kebanggaan Bella.

S. Apa pendapat anda tentang wanita yang menceburi bidang perniagaan?

J. Dalam era moden kini, wanita yang berkarier sudah menjadi perkara biasa setaraf dengan lelaki. Oleh kerana saya juga merupakan seorang ahli perniagaan, bagi saya berniaga memberikan satu kekuatan kepada seseirang kerana banyak onar dan duri yang akan ditempuhi sepanjang menjalani perniagaan yang diceburi. Bukan mudah, lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita untuk menguruskan perniagaan selain berusaha untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang seimbang. Saya amat kagum terhadap ahli-ahli perniagaan wanita seperti Vivy Yusof, pengasas Fashion Valet, yang memiliki kira-kira 300 jenama terkenal seluruh Asia yang telah membuka mata ramai wanita di Malaysia untuk menceburi bidang perniagaan. Saya merupakan pengasas jenama sendiri - Bella Hermanni Sponge Foundation dan Bella Dream Hair Salon.

 

S. Siapa idola dalam bidang modelling?

J. Kate Moss dan Amber Chia. Mereka memiliki personaliti yang mengkagumkan sebagai model.

  • oleh
  • Advertisement