Anda di sini

Serangan hendap di selatan Thailand bunuh seorang askar, 20 cedera

Advertisement
 Pegawai memeriksa kawasan di mana sebutir bom meletup di wilayah Yala di selatan Thailand semalam. — Gambar Reuters
HATI-HATI: Pegawai memeriksa kawasan di mana sebutir bom meletup di wilayah Yala di selatan Thailand semalam. — Gambar Reuters

BANGKOK: Seorang askar maut dan 20 orang lain cedera, termasuk dua orang awam, apabila penyerang yang disyaki pemberontak menyerang hendap sepasukan peronda tentera di selatan Thailand yang dilanda keganasan, kata pegawai semalam.

Wilayah majoriti Islam yang bersempadan dengan Malaysia itu sudah mengalami keganasan selama lebih sedekad apabila pemberontak etnik Melayu berperang dengan kerajaan majoriti pengikut Buddha untuk mendapatkan autonomi.

Lebih 6,800 orang sudah maut – kebanyakannya orang awam – dalam konflik yang terus berlaku jauh dari perhatian utama masyarakat antarabangsa.

Serangan berkenaan bermula awal semalam apabila bom tepi jalan meletupkan sebuah kenderaan yang membawa renjer tentera di sebuah kampung terpencil dalam daerah Yaha, wilayah Yala.

Bahan letupan kedua di-ledakkan setengah jam kemudian ketika pakar skuad bom tiba untuk membersihkan tempat kejadian, disusuli kejadian berbalas tembakan di mana suspek militan me-nembak pasukan keselamatan bertalu-talu.

Jurucakap tentera selamat Kolonel Pramote Prom-in berkata seorang lans kope-ral meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dengan 18 askar lain yang cedera dan “dua penduduk kampung yang cedera ringan”. 

Seorang anggota polis da-erah Yaha mengesahkan jumlah kematian.

Serangan itu berlaku ketika junta Thai meng-adakan rundingan dengan sebuah kumpulan induk yang mendakwa mewakili pemberontak untuk menu-buhkan ‘zon keselamatan’ di selatan negara sebagai sebentuk gencatan senjata terhad dalam konflik yang sudah memusnahkan wilayah terbabit sejak 2004.

Namun pakar berkata puak utama dengan kuasa dan dominasi ke atas pemberontak tidak komited kepada run-dingan dengan kepimpinan tentera Thailand, yang me-rampas kuasa pada 2014.

Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang samar-samar dipercayai mendalangi keba-nyakan keganasan di wilayah berkenaan, walaupun ia tidak pernah mengaku melancarkan serangan, dan mengelak publisiti. — AFP

Advertisement