Anda di sini

Panda gergasi tertua mati pada usia 37 tahun

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan ‘Basi’ menikmati kek hari jadinya yang disediakan oleh pengendalinya di pusat panda gergasi di Fuzhou, China pada 18 Januari lalu. — Gambar AFP
HARI JADI TERAKHIR: Gambar fail menunjukkan ‘Basi’ menikmati kek hari jadinya yang disediakan oleh pengendalinya di pusat panda gergasi di Fuzhou, China pada 18 Januari lalu. — Gambar AFP

SHANGHAI: Panda gergasi tertua dalam kurungan di dunia sudah mati pada usia 37 tahun – lebih 100 tahun dalam usia manusia – kata pengendalinya di China semalam ketika mereka mengucapkan selamat jalan yang emosional kepada ‘Basi’ yang sesuai bagi selebriti kecil.

Basi hidup hampir dua dekad lebih lama daripada panda lain yang sebaya – panda di belantara mempunyai jangka hayat purata kira-kira 20 tahun, tetapi panda dalam kurungan amnya hidup lebih lama. Ia seperti bintang yang disayangi di China dan hari jadinya selalunya diraikan dengan meriah.

Televisyen kerajaan me-laporkan secara langsung semalam dari zoo di mana Basi tinggal di tenggara China, yang mengadakan acara penghormatan kepadanya.

Dengan hati yang berat, kami dengan rasminya mengumumkan pada hari ini bahawa model asal ‘Panpan’, maskot bagi Sukan Asia pertama (di China, 1990), dan malaikat persahabatan baik di dalam mahupun di luar negara, bintang panda gergasi Basi mati pada jam 8.50 pagi pada 13 September 2017 pada usia 37 tahun,” kata Pusat Pertukaran dan Penyelidikan Panda Gergasi Selat di Fuzhou.

Basi tinggal di kemudahan itu sejak diselamatkan dari belantara setelah ia terjatuh ke dalam sungai di barat daya China pada usia empat atau lima tahun, katanya.

Ia dinamakan sempena kampung di mana ia dijumpai.

Basi meluangkan masa seketika di luar negara apabila ia dipinjamkan kepada Zoo San Diego selama enam bulan pada 1987.

Panda gergasi mempunyai kadar reproduktif yang amat rendah, satu penyumbang penting – selain kehilangan habitat – kepada statusnya yang lemah dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) bagi spesies terancam.

Beruang hitam putih itu, yang melambangkan usaha perlindungan hidupan liar di seluruh dunia, dahulu diklasifikasikan sebagai terancam. — AFP

Advertisement