Anda di sini

Bantu tingkat potensi golongan OKU di negeri ini

Advertisement
 Persembahan nyanyian dan tarian oleh pelatih PDK.
BAKAT TERPENDAM: Persembahan nyanyian dan tarian oleh pelatih PDK.

BEAUFORT: Badan bukan kerajaan (NGO), ahli sukarelawan dan komuniti setempat digalak untuk melibatkan diri membantu meningkatkan potensi golongan orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, penglibatan itu penting kerana dapat membantu kerajaan melaksanakan program pemulihan dan pembangunan khusus kepada mereka yang memerlukan.

Penglibatan NGO, ahli sukarelawan dan komuniti setempat amat dialu-alukan bagi membantu golongan berkenaan agar kebajikan mereka terjaga dan tidak ketinggalan daripada menikmati pembangunan negara.

Seperti majlis pada hari ini anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (BAKISA) serta Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), secara tidak langsung dapat memberi suntikan kesedaran dan menunjukkan keprihatinan pihak NGO kepada masyarakat,” katanya.

Katanya NGO, ahli sukarelawan dan komuniti setempat perlu positif dalam memberi bantuan kepada golongan OKU dan tidak menuding jari kepada kerajaan negeri dan Pusat dalam pengabaian golongan berkenaan.

Seharusnya mereka ini berfikiran positif semasa memberi bantuan kerana ia akhirnya akan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah 2017 di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU), pagi Rabu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan alam Sekitar merangkap ADUN Lumadan Datuk Kamarlin Ombi menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak meminggirkan mereka daripada mengikuti pendidikan di TDKKU.

Ibu bapa yang mempunyai OKU janganlah disimpan atau tidak diberi pendidikan yang sempurna kerana pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan Masyarakat telah menyediakan prasarana yang ada di setiap daerah dan termasuklah di daerah Beaufort ini.

Berilah mereka peluang yang sama untuk mendapat pendidikan supaya mereka sekurang-kurangnya dapat berdikari apabila dewasa nanti.

Saya juga berharap ibu bapa sentiasa memberi sokongan yang padu kepada apa juga program yang dilaksanakan oleh kementerian di negeri ini,” katanya.

Hadir sama, isteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datin Julia Salang.

Advertisement