Anda di sini

UPSR SK Nanga Assan berjalan ikut jadual biarpun masih banjir

Advertisement

SIBU: Hari ketiga peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Assan berjalan mengikut jadual walaupun paras air banjir masih kekal kira-kira dua kaki setakat 11 pagi semalam.

Menurut sumber, keadaan air banjir mula meningkat naik mengikut air pasang ke paras 2 kaki di pekarangan sekolah tersebut mulai jam 9 hingga 11 pagi.

Paras air didapati naik mengikut air pasang pada jam 9 pagi tetapi tidak membimbangkan dan keadaan adalah terkawal,” kata sumber tersebut.

Katanya, kawasan sekolah dan jalan utama menuju ke jalan sekolah dinaiki air tetapi tidak menjejaskan bangunan sekolah.

Bagaimanapun 13 orang guru sekolah dan sembilan pengawas peperiksaan dan tiga Anggota Kakitangan Perlaksanaan (AKP) tidak mengalami sebarang masalah memasuki pekarangan sekolah menaiki kenderaan masing-masing menggunakan jalan kecil (jalan alternatif).

Seramai 67 murid iaitu Tahun 4, 5 dan 6 hadir ke sekolah termasuk 30 murid Tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut semalam.

Sementara itu, keadaan air banjir di SK Tg Latap mencatatkan ketinggian air satu kaki di kawasan sekolah dan 2.5 kaki di jalan raya menuju ke sekolah tersebut pagi semalam.

Bagaimanapun peperiksaan UPSR dijalan seperti biasa dan seramai 72 murid hadir ke sekolah tersebut semalam.

Disebab paras air semakin meningkat di jalan raya semua guru dan pengawas peperiksaan terpaksa menaiki bot disedia Angkatan Pertahanan Awam (APM Sibu) pulang ke Sibu pada 12.30 tengah hari semalam.

Advertisement