Anda di sini

Tiga korban nahas

Advertisement

Seorang lagi parah dalam kemalangan antara 4WD dan lori kargo di Jalan Bintulu-Tatau-Sibu.

Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke atas menuju jalan besar.
BANTUAN SEGERA:Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke atas menuju jalan besar.
  Anggota bomba berusaha menyelamat dan mengeluar mangsa terperangkap dalam kenderaan.
MENYELAMAT: Anggota bomba berusaha menyelamat dan mengeluar mangsa terperangkap dalam kenderaan.

BINTULU: Tiga lelaki terbunuh dan seorang cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori kargo di lokasi satu kilometer selepas simpang Jalan Samarakan, berhampiran Jambatan Sebemban, Jalan Bintulu-Tatau-Sibu di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata, tiga mangsa yang maut ialah pemandu dikenali sebagai  Kong Tze Hua, 57, lelaki tempatan beralamat di Sungai Durin, Sibu dan dua warganegara China, Hao Ping, 44, dari Sichuan dan Zhao Shuguang, 51, dari Jilin.

Katanya, seorang lagi penumpang, Tang Dingping, 43, juga warganegara China dari Sichuan, parah akibat kecederaan di bahagian dada, kaki dan tangan kanan.

Jelas Bingkok, kesemua warganegara China itu merupakan pekerja syarikat XD Power Transmision (M) Sdn Bhd.

Manakala, pemandu dan kelindan lori kargo warga tempatan masing-masing berumur 44 dan 24 tahun terselamat dalam kejadian itu,” ujarnya di sini semalam.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu lori tersebut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian jaraknya 30 kilometer bersama sebuah jentera Scania dan EMRS dengan kekuatan 10 anggota diketuai PB Ismail.

Ujarnya, setibanya di lokasi, pihaknya menggunakan kaedah dan peralatan memotong bahagian bumbung kenderaan 4WD sekali gus berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap.

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang mangsa yang terselamat namun cedera parah dihantar dengan ambulans ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu lori dan kelindan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya sambil menambah, semasa kejadian lori kargo terbabit menghala ke Bintulu dari Sibu dan 4WD dari arah bertentangan.

 Anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa kemalangan.
PERIKSA: Anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa kemalangan.
  • oleh
  • Advertisement