Anda di sini

Serian ikrar ulangi pencapaian LBR

Advertisement

SFA lakukan rombakan besar-besaran memperkenalkan 10 muka baharu untuk realisasikan misi

KUCHING: Naib juara Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017, Serian FA berikrar untuk mengulangi pencapaian mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan pada musim baharu yang akan yang disingkapkan tirainya Sabtu ini (16 September).

 Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu berkata bagi merealisasikan misi baharu itu, pihaknya telah melakukan rombakan besar-besaran dengan memperkenalkan 10 muka baharu.

 Jelas Phillip, persiapan skuad itu telah lengkap sepenuhnya dan hanya menunggu detik untuk memulakan saingan.

 “Untuk saingan kali ini, Serian FA akan menurunkan seramai 10 pemain baharu. Nama mereka masih dirahsiakan pihak pengurusan dan hanya akan diturunkan setelah proses penilaian berakhir.

 “Apa yang pasti, skuad Serian FA tampil dengan wajah baharu dan tidak sabar untuk memulakan saingan,” katanya semalam.

 Saingan Liga Bolasepak Rakya t (LBR) musim 2017/2018 menyaksikan Serian FA di undi dalam Kumpulan Q1 bersama Kuching-Gedong Gators dan Samarahan.

 Skuad itu akan memulakan kempen menentang Kuching-Gedong Gators pada Sabtu ini (16 Sept ember) di Stadium Negeri, Petra Jaya jam 4 petang.

 Mengulas pertemuan pertama itu, Phillip berkata pihaknya menjangkakan pertembungan sengit antara kedua skuad itu.

 “Kami telah mengikuti perkembangan skuad LBR Kuching - Gedong Gators dan skuad itu sedang berada pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Kuching-LSC.

 “Kami juga difahamkan skuad itu akan bersaing tanpa empat pemain utama musim lepas,” ujar beliau sambil menambah peluang kedua skuad adalah seimbang.

 Sementara itu, pertembungan dalam Kumpulan Q2 pada tarikh dan masa sama menyaksikan Sarikei menentang Sri Aman di Kompleks Sukan Meradong, Bintangor.

 Turut berentap dalam saingan kumpulan tersebut skuad Sibu.

 Manakala tiga lagi wakil berentap dalam Kumpulan Q3 ialah Mukah, Bintulu dan Miri.

 Bintulu akan melayan kunjungan Mukah juga pada Sabtu ini di Padang Dewan Suarah Bintulu.

  • oleh
  • Advertisement