Anda di sini

Pelan Prabayar redONE terbaru tawar data Internet sehingga 20.5GB

Advertisement

KUALA LUMPUR: Peneraju rangkaian pengendali maya mudah alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd (redONE) semalam telah melancarkan kembali ‘Pelan Prabayar Terbaru’ yang telah dinaik taraf untuk pelanggannya yang inginkan lebih data.

Pelan ini telah dinaik taraf dari pelan yang sedia ada dan membolehkan pelanggan mendapat 20.5GB data dengan hanya RM50 sebulan.

Ketua Pegawai Jualan redONE Ben Teh berkata, sebenarnya pelan prabayar ini telah dilancarkan November tahun lalu namun pihaknya di redONE memahami keperluan pelanggan yang memerlukan data yang banyak.

Oleh itu, kami telah menaik taraf pelan prabayar ini dengan data Internet yang besar dan akses Internet laju yang konsisten supaya pengguna Prabayar redONE boleh menggunakan dan mengawal data yang mereka inginkan.

Kelebihan utama pek prabayar asas ini ialah panggilan percuma tanpa had antara pelanggan redONE dan pelanggan masih boleh membuat panggilan percuma antara satu sama lain walaupun kehabisan kredit.

Di samping itu, Pelan Prabayar Terbaru dari redONE turut menawarkan data 4G LTE percuma dengan setiap tambah nilai,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Prabayar Terbaru di ibu pejabat redONE, Puchong.

Tambah Ben lagi, redONE akan turut mengedarkan sebanyak 30,000 kad prabayar redONE #ONEKAMPUS kepada 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Bermula dengan tambah nilai serendah RM10, pengguna Pelan Prabayar Terbaru akan mendapat 1GB data 4G LTE (100MB dikreditkan setiap hari selama 10 hari)

Dengan nilai tambah RM20 pula, mereka akan menikmati 4GB data 4G LTE (200MB dikreditkan setiap hari selama 20 hari)

Manakala, dengan tambah nilai RM30, RM40 atau RM50, masing-masing akan mendapat 9GB data 4G LTE (300MB dikreditkan setiap hari selama 30 hari).

Apabila semua data percuma telah digunakan, pelanggan mempunyai peluang kedua untuk melayari semula Internet dengan data tambahan.

Pelan Prabayar Terbaru ini dijual dengan harga runcit RM10 dan selepas diaktifkan, pengguna akan mendapat bonus pengaktifan sekali sebanyak 1.5GB (500MB 4G LTE dan 1GB Internet asas) dan tempoh sah kredit 30 hari.

Kad sim ini juga telah dipramuat dengan RM6 kredit yang boleh digunakan untuk membuat lebih banyak panggilan atau atau membeli data tambahan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.redONE.com.my/ redONEprepaid.

Advertisement