Anda di sini

Abang Johari: RM1 bilion untuk naik taraf infrastruktur sekolah luar bandar

Advertisement

KUCHING: Kerajaan negeri akan menggunakan dana sendiri berjumlah RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur sekolah di luar bandar Sarawak setelah mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif kerajaan negeri itu telah dibincang dan dipersetujui dalam satu mesyuarat antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sibu malam tadi.

"Malam tadi saya dan TPM bermesyuarat di Sibu dan kami bersetuju kalau kerajaan pusat belum mempunyai dana mencukupi , Sarawak akan memulakan usaha ini melalui dana kita sendiri.

"Kita mahu melengkapkan semua sekolah luar bandar dengan infrastruktur yang melibatkan kos sekitar RM1bilion," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Program Digital Kenyalang di Penview Convention Centre (PCC) di sini hari ini.

bang Johari melancarkan PDK sambil disaksikan oleh (dari kiri) Gerawat, Yasmin, Fatimah, Wong dan Harden.
Abang Johari melancarkan PDK sambil disaksikan (dari kiri) Gerawat, Yasmin, Fatimah, Wong dan Harden.

Abang Johari berkata dalam mesyuarat itu Zahid memberitahu kerajaan persekutuan akan membayar balik dana yang diperuntukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

"Kita akan menggunakan wang kita sendiri menerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dengan syarat kerajaan pusat membayar balik dengan faedah,” ujarnya dengan nada berseloroh. 

Menurutnya pembayaran balik ini perlu kerana kerana pendidikan adalah di bawah tanggungjawap persekutuan.

Hadir sama Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti, Wanita,Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Fracis Harden Hollis, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Jala dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood.

  • oleh
  • Advertisement