Anda di sini

Lima termasuk pegawai hutan direman kes pembalakan haram

Advertisement
 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa lima individu termasuk Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah kegiatan pembalakan haram                   di daerah Jerantut. — Gambar Bernama
DIREMAN: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa lima individu termasuk Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah kegiatan pembalakan haram di daerah Jerantut. — Gambar Bernama

KUANTAN: Lima termasuk Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan kegiatan pembalakan haram di Jerantut.

Tiga lagi yang direman ialah seorang renjer hutan daerah berkenaan dan pemilik serta pengurus sebuah syarikat kontraktor yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pembalakan haram tersebut yang mengakibatkan kerajaan negeri mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.

Perintah reman itu dike- luarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman setelah mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fadly Mohd Zamri.

Peguam Hon Kai Ping mewakili semua suspek.

Kesemua suspek yang ber-umur 40 hingga 50 tahun itu ditahan di rumah ma-sing-masing dan Pejabat Hutan Jerantut semalam  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Sekyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Difahamkan siasatan ber-kisar pada pemberian dan penerimaan rasuah agar tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kegiatan pembalakan haram di daerah itu antara 2015 hingga tahun ini. — Bernama

Advertisement