Anda di sini

Kucing enam jari Hermingway selamat tempuh Irma

Advertisement
 Salah seekor daripada lebih 50 kucing enam jari keturunan kucing jantan bernama Snow White milik Hemingway pada 1930-an dalam gambar tidak bertarikh di Muzium Rumah Hemingway di Key West, Florida. — Gambar Reuters
COMEL: Salah seekor daripada lebih 50 kucing enam jari keturunan kucing jantan bernama Snow White milik Hemingway pada 1930-an dalam gambar tidak bertarikh di Muzium Rumah Hemingway di Key West, Florida. — Gambar Reuters

FLORIDA: Taufan Irma mungkin telah memusnahkan rumah dan membanjiri komuniti di seluruh Florida, tetapi muzium Key West yang diabadikan kepada penulis Amerika yang masyhur Ernest Hemingway dan keturunan kucing enam jari kaki yang disayanginya telah muncul tanpa sebarang kerosakan.

Irma melanda Florida Keys sebagai taufan Kategori 4 yang kuat pada awal Ahad lepas, menyebabkan kerosakan berleluasa di kepulauan hujung selatan Florida itu.

Taufan itu membawa ribut selaju 209 kilometer sejam dan menenggelami lebuh raya yang menghubungkan beberapa pulau tropika dengan bahagian lain di negeri itu. Penduduk yang dipindah keluar diberitahu kelmarin bahawa mereka belum lagi dapat kembali ke rumah mereka.

Sementara Key West masih belum ada bekalan air dan eletrik, Ernest Hemingway Home and Museum, yang terletak di atas salah satu kawasan tertinggi di kawasan itu, tidak mengalami sebarang kerosakan, kata kurator Dave Gonzales kelmarin.

Kami bersedia dengan baik dan sangat diberkati,” kata Gonzales kepada Reuters menerusi telefon.

Kesemua 54 ekor kucing di bangunan itu - kucing dengan enam jari kaki berasal dari seekor kucing jantan bernama Snow Whitre yang diangkat oleh penulis berkenaan ketika beliau tinggal di sana pada zaman 1930an - dapat dikesan, kata Gonzales.

Muzium itu menyimpan memelihara dengan sempurna keturunan kucing polidaktil yang asal itu, selain kesukaan penulis itu menamakan kucing-kucing tersebut sempena orang terkenal seperti pelakon-pelakon, Grace Kelly, Liz Taylor dan Lionel Barrymore, kata Gonzales.

Dimiliki sebuah kumpulan persendirian, rumah dan pekarangan berkenaan dianggap sebuah Mercu Tanda Sejarah Negara pada 1968, tujuh tahun selepas kematian Hemingway, kata pengurus besar Jacque Sands, yang tinggal di rumah utama dan berlindung di bangunan tersebut bersama 11 kakitangan ketika taufan melanda.

Dibina pada 1851, rumah zaman penjajahan Sepanyol itu dibeli oleh Hemingway dan isteri keduanya, Pauline, pada 1928. Pasangan itu menjalankan pengubahsuaian yang meluas kepada rumah dan perkarangannya, termasuk membina kolam renang pertama di bandar raya berkenaan.

Dua karya sastera Hemingway yang ikonik, novel ‘To Have and Have Not’ dan cerita pendek ‘The Snows of Kilimanjaro’ ditulis pada waktu beliau tinggal di Key West.

Muzium itu penuh dengan artifak Hemingway, termasuk hiasan antik dari Eropah selain kulit dan kepala haiwan yang dikumpul oleh Hemingywa ketika menyertai safari di Afrika dan ekspedisi pemburuan ke bahagian barat Amerika.

Sands berkata beliau tidak pernah memikirkan untuk meninggalkan hartanah itu kerana itu bermakna beliau akan meninggalkan kucing-kucing berkenaan.

Kucing-kucing itu menjaga kami, itulah apa yang mereka fikir,” katanya lanjut. — Reuters

Advertisement