Anda di sini

Berkonvoi 10km semarak sambutan Bulan Kemerdekaan di Limbang

Advertisement
 Pasukan AKB merakam kenangan di kawasan KRT Pekan yang turut dihiasi bendera Malaysia.
SELAMAT HARI MERDEKA: Pasukan AKB merakam kenangan di kawasan KRT Pekan yang turut dihiasi bendera Malaysia.

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Buangsiol, KRT Tuna/Gumaya/Benuas dan Pasukan Ayam Kampung Belusir menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan di Limbang, baru-baru ini.

Program kemerdekaan itu dirancang dengan teliti bagi memastikan pengisiannya dapat memberi kesan kepada rakyat dalam memperingati dan menghargai kemerdekaan negara.

Hampir 20 motosikal di KRT Buangsiol berkonvoi lebih 10 kilometer mengelilingi Jalan Tujuh Batu Keliling bagi menunjukkan semangat cintakan negara pada Program Hari Kemerdekaan di Limbang baru-baru ini.

Hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Turut sama ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Mohd Fakri Asmad, Pengerusi KRT Buangsiol Pedi Amit, Pengerusi KRT Tuna/Gumaya/Benuas Adrus Tahir, Pengelola PPWS Kawasan Limbang dan Lawas Nurul Izza Hanis, Pengerusi PPWS Daerah Limbang Dayang Suridah Mohamad Superi dan Ketua Kampung Tuna Ismail Nayan.

 Kanak-kanak KRT Tuna/Gumaya/Benuas memakai baju bendera Malaysia.
SEMANGAT MERDEKA: Kanak-kanak KRT Tuna/Gumaya/Benuas memakai baju bendera Malaysia.
  • oleh
  • Advertisement