Anda di sini

Plak Peringatan askar veteran Kiwi yang pertama di Kuching

Advertisement
 

MALAYSIA dan New Zealand menjalin hubungan diplomatik yang baik semenjak zaman konfrontasi dan Sarawak berbangga menerima Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi itu yang pertama di dunia, di Kuching.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warisan STF, Dato Lim Kian Hock berkata terdapat banyak persamaan kedua-dua negara antaranya; Malaysia juga berkongsi sejarah pendidikan sejak zaman Rancangan Columbo.

Pada masa yang sama sistem kod tanah ‘toren’ dalam pentadbiran survei dan tanah kita dan terutama sekali sebagai dalam persaudaraan Komanwel, di mana pembela Kiwi kita berada di sini sewaktu tempoh konfrontasi dahulu.

Kita sangat bersyukur kepada Persatuan Veteran Malaya New Zealand (MNZVA) kerana memilih Kuching, Sarawak, untuk meletakkan Plak Peringatan bersejarah mereka yang pertama di dunia.

Sememangnya, kita sentiasa mengingati di dalam hati selama ini, persahabatan dan kerjasama yang lama terjalin antara kedua-dua negara” katanya sewaktu berucap pada Majlis Memperingati dan Kesyukuran tentera New Zealand yang terkorban di negara ini suatu masa dahulu di Makam Pahlawan di Kuching, baru-baru ini.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan dari negara New Zealand yang tiba dari Lingkaran Pasifik dan rantau Australasia, ke Kota Perpaduan, Kuching.

 

Penghormatan kepada veteran Kiwi turut disertakan bersama anggota angkatan tentera negara dan polis diraja Malaysia di atas pengorbanan dan sumbangan mereka ketika berjuang berhabisan demi keamanan, perpaduan dan kebebasan yang kita nikmati hari ini.

Tegas beliau, jasa isteri dan anggota keluarga mereka juga tidak dilupakan dan ke atas penderitaan dan keresahan mereka sepanjang operasi keselamatan berlaku di Borneo.

Operasi keselamatan berkenaan dicatatkan berlaku pada tahun 1963-1967 ketika askar-askar ini membawa raifal untuk menentang penceroboh.

Saya membawa pen kecil saya sewaktu operasi perang psikologi bersama mereka, untuk menawan hati dan minda rakyat.

Kami berada dalam keadaan yang begitu tegang sekali sehingga kami tidak pernah bertanya adakah orang itu berbangsa Kiwi, Aussie atau British kerana misi kami yang sama adalah keamanan,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, pihaknya juga memperingati jasa John Noakes, seorang warganegara Kiwi bekerja sebagai juruukur di bawah pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke.

Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Sarawak untuk menentang pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada 1941.

Sewaktu penjajahan Jepun, beliau dipenjara di Kem Tahanan Perang (POW) Batu Lintang, Kuching.

Selepas perang, Noakes menjadi Pengarah Jabatan Koperasi yang membawa kepada kejayaan besar Koperasi Nelayan Heng Hua.

Sebuah jalan hari ini dinamakan sebagai Jalan Noak di Sungai Apong, Pending, sebagai memberi penghormatan kepadanya.

Turut hadir adalah Naib Presiden Kanan New Zealand Malayan Veterans Association, Lans Korperal (b) William Russell dan Suruhanjaya Tertinggi New Zealand ke Malaysia, Dr John Subritzky.

 John (tiga kiri) merakam kenangan bersama Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi yang ditempatkan di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya di Kuching.
KENANGAN: John (tiga kiri) merakam kenangan bersama Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi yang ditempatkan di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya di Kuching.
  • oleh
  • Advertisement