Anda di sini

Penasihat percutian dituduh bunuh eksekutif pemasaran

Advertisement
 Badril Hisham Abu Mansor, 40, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran Tan Chai Soon, 46, di sebuah hotel di Stulang Laut pada 3 Sept lepas. — Gambar Bernama
TERTUDUH: Badril Hisham Abu Mansor, 40, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran Tan Chai Soon, 46, di sebuah hotel di Stulang Laut pada 3 Sept lepas. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang penasihat percutian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran, di sebuah hotel, di sini, awal bulan ini.

Badril Hisham Abu Mansor, 40, dituduh melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Tan Chai Soon, 46, di tingkat 6, Hotel Berjaya Waterfront, di Stulang Laut, di sini, pada 1.15 pagi, 3 Sept lepas.

Tertuduh yang berkemeja hitam mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias, namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Mahkamah menetapkan 12 Okt depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. — Bernama

Advertisement