Anda di sini

Juara tari dinobat Miss America

Advertisement
 Mund melambaikan tangannya kepada hadirin selepas dinobatkan sebagai Miss America ke-97 di Atlantic City, New Jersey kelmarin. — Gambar Reuters
TERUJA: Mund melambaikan tangannya kepada hadirin selepas dinobatkan sebagai Miss America ke-97 di Atlantic City, New Jersey kelmarin. — Gambar Reuters

ATLANTIC CITY: Graduan Liga Ivy dan juara tarian negara dari Dakota Utara dinobatkan sebagai Miss America kelmarin, menjadi peserta pertama dari negeri tersebut yang memenangi pertandingan yang sudah berusia hampir 100 tahun itu.

Cara Mund, dari Bismarck, graduan Universiti Brown di Rhode Island, yang diterima ke sekolah undang-undang di Notre Dame,  berlatih beberapa musim panas dengan pasukan terkenal dunia Rockettes.

Mund, 23, antara 51 peserta dalam pertandingan itu yang mewakili 50 negeri dan daerah di Amerika Syarikat (AS).

Mund, yang mengambil yayasan Make-a-Wish yang membiayai kanak-kanak dengan keadaan yang membahayakan nyawa sebagai pelantarnya bagi pertandingan tersebut, membuat persembahan tarian jazz dengan lagu ‘The Way You Make Me Feel’ bagi bahagian bakat dalam pertandingan, memakai dres hitam mini bertopi fedora.

Dalam sesi soal dan jawab, Mund membangkitkan tentang pengunduran AS baru-baru ini daripada perjanjian iklim Paris, menyatakan beliau memikirkannya sebagai keputusan yang teruk.

Sama ada anda memper-cayainya (perubahan iklim) atau tidak, kita perlu bersama di meja rundingan.”

Pemenang tempat kedua adalah Miss Missouri Jennifer Davis, yang bertanding di atas pelantar kepelbagaian.

Pemenang tempat ketiga hingga kelima ialah peserta dari New Jersey Kaitlyn Schoeffel, Daerah Columbia Briana Kinsey dan Texas Margana Wood.

Pertandingan itu disiarkan secara langsung ABC dari Atlantic City, New Jersey.

Pertandingan kembali ke pusat perjudian tepi pantai itu selepas hampir sedekad di Las Vegas.

Ia digugurkan ABC pada 2004 selepas penurunan tontonan yang teruk, namun kembali selepas beberapa tahun disiarkan di kabel.

Para hakim yang mengadili peserta, terdiri daripada remaja hingga ke usia maksimum 24 tahun, berdasarkan kepada bakat, segmen soalan secara langsung, temu bual peribadi dan penampilan bergaun dan berpakaian renang.

Ramai peserta menggunakan muzik atau tarian bagi bahagian bakat.

Pemenang menerima gaji enam angka, perbelanjaan setahun dan biasiswa AS$50,000. — Reuters

Advertisement