Anda di sini

Skuad BDA Veteran dinobatkan juara

Advertisement
 Mataip menyempurnakan sepak mula sebagai simbolik perlawanan akhir antara BDA Veteran dan ARJ Baza FC.
SEPAK MULA: Mataip menyempurnakan sepak mula sebagai simbolik perlawanan akhir antara BDA Veteran dan ARJ Baza FC.
 Skuad BDA Veteran yang dinobat sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC merakam gambar bersama Mataip, Wan Ibrahim, Olga (berdiri tengah) dan yang lain.
JUARA: Skuad BDA Veteran yang dinobat sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC merakam gambar bersama Mataip, Wan Ibrahim, Olga (berdiri tengah) dan yang lain.

Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC 2017

SKUAD BDA Veteran dinobatkan sebagai juara mengatasi ARJ Baza FC dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC 2017 di Padang Turf Dewan Suarah, Bintulu baru-baru ini.

Kemenangan berpihak kepada BDA Veteran dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1

setelah ARJ Baza FC tidak meneruskan saingan pada minit-minit akhir perlawanan atas beberapa sebab.

Dengan kejuaraan itu melayakkan BDA Veteran membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, baucar tunai RM1,000, piala dan 25 medal dengan nilai keseluruhan RM2,775.

Manakala ARJ Baza FC selaku naib juara menerima piala, wang tunai RM500, baucar tunai RM600 dan 25 medal dengan nilai keseluruhan RM1,855.

Tempat ketiga diraih oleh Warisan Otai yang membawa pulang hadiah baucar tunai RM300,

piala dan 25 medal dengan nilai keseluruhan RM1,025.

Diikuti tempat keempat diraih Old Star yang menerima piala dan 25 medal dengan nilai keseluruhan RM695.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga mengheret ke masa tambahan dan seterusnya penentuan melalui sepakan penalti dengan Warisan Otai menang 5-3 ke atas Old Star.

Anugerah penjaring terbanyak 15 gol yang menerima baucar tunai RM200 dan piala dengan nilai keseluruhan RM289 disandang oleh Mohd Hamid Abdul Ghani (ARJ Baza FC).

Pemain paling otai yang menerima hadiah tajaan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) menjadi milik Joni@Bolhi Abd Yahya (Warisan Otai) berumur 61 tahun.

Diikuti pemain terbaik perlawanan akhir yang menerima piala dan baucar tunai RM200 (nilai keseluruhan RM350) diraih oleh Rosli Suhaili (BDA Veteran).

Anugerah untuk pasukan yang menerima Piala Fairplay pula ialah PPBB.

Cenderamata penyertaan juga diberikan kepada setiap pasukan yang bertanding.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar (Perkhidmatan Alam Sekitar) Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) BDA Wan Ibrahim Wan Ali, pengerusi pertandingan Jaffry Ibrahim, wakil Ibu pejabat syarikat LSC Olga Regge dan Penyelia Bahagian Runcit LSC Normi Tahir.

Kejohanan bola sepak anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di bawah Seksyen Sukan, Rekreasi dan Parkir (SRP) itu turut mendapat kerjasama Lea Sports Centre (LSC) sebagai penaja utama.

Sebanyak sembilan pasukan menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada BDA Veteran, Warisan Otai (Kawasan Rukun Tetangga Kampung Warisan Jepak), PPBB (Persatuan Penambang Bumiputera Bintulu),

ARJ Baza FC, BSK CVU FT (Biro Sukan dan Komuniti Kampung Sebiew), Old Star (MLNG Bintulu), BPHB Otai (Bintulu Port Holdings Berhad), IPD FC (Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu) dan PLBSCB (Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Bintulu).

Advertisement