Anda di sini

Mexico gegas selamat mangsa gempa

Advertisement
 Pena Nito (dua kanan) bercakap kepada penduduk ketika melawat Juchitan, kelmarin yang turut terjejas teruk gempa lewat Khamis. — Gambar Reuters
TINJAU: Pena Nito (dua kanan) bercakap kepada penduduk ketika melawat Juchitan, kelmarin yang turut terjejas teruk gempa lewat Khamis. — Gambar Reuters

Ramai masih tertimbus di bawah runtuhan, angka kematian pasti meningkat

JUCHITNDE ZARAGOZA: Polis, askar dan pekerja kecemasan bergegas kelmarin untuk menyelamatkan mangsa terselamat dari runtuhan gempa bumi paling kuat dalam tempoh seabad di Mexico, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 61 orang.

 Di wilayah selatan yang paling teruk dilanda gempa bumi, pekerja kecemasan mencari mangsa terselamat atau mayat dalam runtuhan rumah, gereja dan sekolah yang terbelah dua.

 Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 45 orang maut di Oaxaca, 12 di Chiapas dan empat di Tabasco.

 Namun bilangan kematian mungkin melebihi 80, menurut perangkaan lebih tinggi yang dilaporkan oleh pegawai kerajaan negeri.

 Pihak berkuasa turut memberi amaran tentang satu lagi gempa besar yang mungkin menyusul dalam masa 24 jam selepas gempa pertama berlaku.

 Pena Nieto bercakap dari kota paling teruk terjejas, Juchitan, Oaxaca, di mana sekurang-kurangnya 36 mayat dikeluarkan dari runtuhan.

 Orang ramai berhimpun di dewan bandar Juchitan yang roboh sebahagiannya, sebuah bangunan penjajah Sepanyol di mana dua anggota polis terperangkap dalam runtuhan.

 Penyelamat berjaya mengeluarkan seorang anggota dan masih berusaha untuk menyelamatkan seorang lagi 18 jam selepas gempa.

 “Tuhan, biarlah dia keluar dalam keadaan hidup!” kata seorang wanita yang menyaksikan empat kren dan trak mengalih saki-baki sayap bangunan yang roboh.

 Dengan seragam birunya diselaputi debu, Vidal Vera, 29, antara kira-kira 300 anggota polis yang menggali runtuhan.

 Dia sudah lebih 36 jam tidak tidur.

 “Saya tidak dapat ingat ada gempa bumi sedahsyat ini.” “Seluruh kota kini zon bencana, banyak kerosakan dan kematian,” katanya.

 “Saya tidak tahu bagaimana kita dapat memahaminya, sukar sekali.

 “Suami kakak ipar saya mati dihempap rumahnya sendiri,” ujarnya.

 Kebanyakan sebuah hotel tempatan roboh dan banyak rumah rosak teruk di bandar majoriti peribumi seramai 100,000 penduduk, yang terletak dalam kawasan pergunungan selatan hijau yang mewah dekat pantai.

 Gabenor berkata, puluhan ribu catuan, selimut dan kelengkapan pembersihan sudah tiba, selain 100 anggota tambahan polis persekutuan bersama anjing penyelamat mencari mangsa dalam runtuhan.

 Pena Nieto menggambarkan gempa be rukur an 8. 2 itu sebagai yang terbesar dicatatkan di negaranya dalam tempoh sekurangkurangnya 100 tahun, malah lebih kuat berbanding gempa bumi besar pada 1985 yang mengorbankan lebih 10,000 orang di Kota Mexico.

 Di Tabasco, dua kanakkanak turut terkorban.

 Seorang dihempap tembok yang tumbang.

 Seorang lagi, bayi yang menggunakan alat penafasan, meninggal dunia selepas gempa itu memutuskan bekalan tenaga terputus.

 Lebih 200 cedera di seluruh Mexico, kata pegawai.

 Empat orang turut cedera di negara jiran Guatemala, di mana Presiden Jimmy Morales terbang di atas kawasan yang terjejas dan mengarahkan bantuan kemanusiaan dengan segera.

 Pusat gempa berada di Lautan Pasifi k, kira-kira 100 kilometer dari bandar Tonala, Chiapas.

 Ia melanda pada jam 11.49 malam Khamis, kata jabatan seismologi Mexico.

 Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat meletakkan magnitud lebih rendah sedikit, pada 8.1, sama seperti pada 1985, gempa paling dahsyat dalam sejarah negara yang cenderung mengalami gempa bumi itu.

 Gempa itu dirasai sejauh Kota Mexico di utara, 800 kilometer dari pusat gempa di mana penduduk meninggalkan rumah, kebanyakannya masih berbaju tidur, selepas mendengar bunyi penggera.

 Pegawai mulanya mengeluarkan amaran tsunami, kemudian menarik balik.

 Bagaimanapun gempa itu mencetuskan ombak besar yang sampai sejauh New Zealand, lebih 11,000 kilometer dari Mexico, kata pihak berkuasa di sana.

 Gempa itu melanda ketika rakyat Mexico turut bersiap sedia untuk mengahdapi Taufan Katia, yang mengukuh kepada taufan Kategori Dua ketika ia bergerak ke negeri Veracruz di pantai Teluk.

 Ia merupakan satu daripada tiga taufan aktif yang kini berlaku di Lautan Atlantik bersama Irma dan Jose.

 Mexico terletak di atas lima dataran tektonik, sekali gus mendedahkannya kepada gempa bumi, dan mempunyai dua kawasan pantai yang panjang dan kerap dibadai taufan.

 — AFP

Advertisement