Anda di sini

Sesi uji bakat pencarian pelakon di Kuching

Advertisement
 Mereka yang berminat dan berbakat dalam lakonan dipelawa sertai uji bakat hari ini dari jam 9 pagi hingga 7 malam, Badd Badrul.
SERLAH BAKAT: Mereka yang berminat dan berbakat dalam lakonan dipelawa sertai uji bakat hari ini dari jam 9 pagi hingga 7 malam, Badd Badrul.

KUCHING: Ingin menyerlahkan bakat dan berminat dalam lakonan, anda dipelawa menyertai sesi uji bakat pencarian pelakon yang diadakan hari ini (9 September) bertempat Merdeka Palace Hotel & Suites.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam, uji bakat untuk pencarian pelakon untuk sebuah filem cereka epik Iban, akan dinilai oleh pengarah filem Badd Badrul.

Menurut Badd, uji bakat berkenaan terbuka kepada semua penduduk Sarawak dan keutamaan turut diberikan kepada mereka yang boleh bertutur bahasa Iban.

“Uji bakat terbuka kepada lelaki dan perempuan dari usia kanak-kanak hingga warga emas.

“Kepada mereka yang datang anda perlu membawa gambar berukuran pasport dan kami ingin mencari pelakon baharu yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam lakonan,” katanya di sini, semalam.

Selain boleh bertutur bahasa Iban, keutamaan juga diberikan bagi mereka yang mempunyai personaliti yang menarik.

“Ini adalah filem cereka epik Iban yang sangat menarik. Saya menyeru semua yang berminat dalam bidang lakonan datang ke sesi uji bakat filem ini.

“Inilah masanya, anda yang mempunyai impian untuk berlakon untuk merealisasikannya. Kerana buat masa ini kami hanya membuat uji bakat hanya sehari sahaja iaitu pada 9 September,” kata Badd.

Bagaimanapun ujarnya, jika peserta berkenaan mempunyai bakat baik dalam lakonan tetapi tidak fasih berbahasa Iban, mereka akan diberi kelas intensif bahasa Iban.

Beliau mengalu-alukan agar ramai di kalangan masyarakat Sarawak datang menyertai uji bakat dan menyerlahkan bakat mereka untuk dinilai.

Katanya Sarawak diyakini mempunyai ramai bakat-bakat baharu yang belum dicungkil.

“Kita berharap, saya dapat menemui bintang-bintang baharu yang akan menggearkan filen saya ini,” katanya.

Keterangan lanjut mengenai uji bakat, mereka yang berminat boleh menghubungi atau whatsapp talian 016-8626175.

Advertisement