Anda di sini

Gempa bumi 8.0 gegar Mexico

Advertisement
 Penduduk berhimpun di jalan raya di kawasan kejiranan Tlatelolco di Kota Mexico semasa gempa bumi kelmarin. — Gambar AFP
CEMAS: Penduduk berhimpun di jalan raya di kawasan kejiranan Tlatelolco di Kota Mexico semasa gempa bumi kelmarin. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Gempa bumi dengan kekuatan 8.0 magnitud menggoncang bahagian selatan Mexico pada lewat kelmarin, menurut US Geological Survey (USGS), dengan ahli seismologi memberi amaran mengenai tsunami setinggi lebih tiga meter.

Gempa bumi melanda bahagian luar pantai di Pasifik kira-kira 120 kilometer barat daya pekan Tres Picos di selatan jauh wilayah Chiapas, menurut USGS.

“Berdasarkan semua tarikh yang ada...ombak tsunami yang berbahaya diramalkan bagi beberapa kawasan pantai,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

“Ombak tsunami men-cecah lebih tiga meter di atas paras air pasang mungkin berlaku di sepanjang pantai Mexico,” jelasnya, dengan ombak yang lebih rendah di negeri lain.

Amaran tsunami adalah bagi pantai di Mexico, turun menerusi Amerika Tengah ke Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama dan Honduras, serta hingga jauh ke selatan seperti Ecuador.

Gempa bumi dirasai di Kota Mexico, di mana penduduk berlari keluar dari bangunan selepas mendengar siren amaran gempa bumi dibunyikan.

Ia masih belum diketahui dengan lebih lanjut sekiranya terdapat kematian.

Gempa bumi turut dirasai di sebahagian besar kawasan di Guatemala, yang bersempadan dengan Chiapas.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 33 kilometer, kata USGS. — AFP

Advertisement