Anda di sini

Taklimat pelaksanaan Akta 299 pindaan 2017

Advertisement
 Lee (dua kiri) bersama Pengarah Imigresen Sabah, Musa Sulaiman, Pengarah JPN Sabah Dato’ Ismail Ahmad serta hadirin yang lain.
JAGA KEBAJIKAN: Lee (dua kiri) bersama Pengarah Imigresen Sabah, Musa Sulaiman, Pengarah JPN Sabah Dato’ Ismail Ahmad serta hadirin yang lain.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee diiringi beberapa AJK Persatuan telah menghadiri sidang taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah pada Rabu.

Taklimat itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi) Dato’ Mohd Zahari Hassan.

Menurut Lee, pindaan yang diluluskan oleh Parlimen dan telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2017 itu adalah untuk menjaga kebajikan dan memudahkan orang awam serta meningkatkan keselamatan dan penguatkuasaan.

Keperluan pindaan ini juga sesuai dengan teknologi terkini dan transformasi perkhidmatan,” katanya.

Antara pindaan termasuklah pindaan perlanjutan tempoh pendaftaran kelahiran daripada 14 kepada 60 hari manakala tempoh pendaftaran kematian dilanjutkan daripada tiga kepada tujuh hari.

Akta 299 melibatkan 23 pindaan, lima pembaharuan dan tiga pemansuhan. Antaranya, peruntukan khas pembetulan maklumat, pemerkasaan penguatkuasaan dan peruntukan anggapan kematian iaitu susulan nahas MH17 dan MH370.

Saya menyambut baik pindaan Akta 299 ini namun, saya berharap rakyat Sabah yang sering berulang-alik ke Semenanjung akan lebih peka terhadap maklumat pindaan ini walaupun ia belum dilaksanakan di Sabah dan Sarawak,” kata Lee.

Advertisement